Bab 16

1.2K 115 4
                                    

Seminggu kemudian...

Qyrah mengemas dengan bersih bilik tidurnya. Cadar dilibas sekali dua sebelum diletak semula ke atas katil dengan kemas. Dua biji bantal dia susun secara teratur atas kepala katil.

Tidak cukup itu, lantai bilik yang sederhana besar itu pula dia bersihkan menggunakan penyedut hampagas. Sana dan sini dia bersihkan dan tidak terkecuali sudut yang susah dibersihkan.

Hampir 20 minit dia membersih lantai, alat itu terus dia matikan. Dia kemudiannya mengeliat. Tubuh yang rasa pegal dia segarkan.

Prak!

Tulang berbunyi. Qyrah tersenyum lega. Setelah itu, dia memandang seluruh bilik. Kini semuanya telah kembali bersih dan kemas. Dia merasa puas.

Itulah rutin mingguan yang dia akan lakukan setiap minggu. Rutin yang jadi satu kebiasaan baginya hingga kini hatta sebelum dia berpindah.

Memandangkan semuanya sudah selesai, Qyrah berniat untuk meletakkan kembali alat penyedut hampagas itu ke dalam stor. Penyedut itu dia kemaskan dengan baik sebelum mengangkatnya keluar dari bilik.

Bilik stor terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan ruang dapur. Mahu tak mahu dia harus mengangkatnya walaupun agak berat. Tak mengapa, dia kuat.

Pintu biliknya ditutup dengan cermat sebelum menyambung semula urusannya. Namun, niatnya tergendala apabila dia terdengar di bilik sebelah ada seseorang sedang bermain gitar tepatnya dalam bilik Zide.

Qyrah menoleh sedikit. Kelihatan pintu bilik itu tidak berkunci kerana terdapat celah yang membolehkannya melihat dari luar.

Melalui celah itu, dia melihat Zide sedang bermain gitar di balkoni. Melihat Zide tidak menyedari perbuatannya itu, tiba-tiba,Qyrah rasa tertarik untuk menunggu dan mendengar Zide bermain. Lebih-lebih lagi gitar itu mula dimainkan dengan lebih lancar.

Tanpa membuang masa, alat penyedut hampagas terus dia letak tepi pintu. Dia pula terus mengambil tempat depan pintu dengan berhati-hati agar keberadaannya di situ mengintai tidak diketahui.

Qyrah memberi sepenuh penghayatan apabila Zide mula menyanyi.

"Stuck in my head,
I've been searching for the reason.."

Zide menyanyi dengan sebutan yang begitu lancar. Qyrah terus agak ternganga tidak percaya. Mulut spontan dia tutup dengan tangan.

"Dia pandai nanti lagu barat??" Bisiknya sendiri sambil terus mendengar apabila Zide menyambung semula nyanyiannya.

"Nameless longing,
I've been waiting for you for so long.."

"But got no direction,
No matter I wanna reach you."

"Another way you running, going on and on,
But need a way to get to you."

Zide berhenti sejenak begitu juga dengan mainan gitarnya. Dia menarik nafas dan terus menyambung lagu bahagian chorus.

"You...
You know I'm so stuck with you.
(No-ooh)"

"You..
Baby I don't care at all."

"You'll never know,
what I could do.
You'll never know,
what we could have been."

"For you, no-ooh, oh..
Do you know, oh-no."

Qyrah menggoyang badan secara tidak sedar menikmati vibe. Penyedut hampagas juga ikut tergoyang.

"All the way, I found you here, oh.
Oh, I'll right back for you,
(Oh-no)"

"All the way, I found you here, oh.
Oh, I'll right back for you,
(Oh-no)"

BANG!!

Benda keras terjatuh bergema kuat. Qyrah tersentak terkejut begitu juga dengan Zide. Dia terus berhenti bermain gitar dan juga menyanyi. Pantas dia memanjangkan kepala ke arah pintu.

"Apa itu??" Soalnya melaung risau.

Qyrah yang masih terperanjat perlahan-lahan bergerak bangun sambil melihat penyedut hampagas yang sudah terbaring atas lantai. Pada masa sama, dia menyumpah dirinya sendiri yang terlalu tidak berhati-hati.

Qyrah sudah terlalu seronok menghayati lagu yang dimainkan hingga tidak sengaja menendang alat pembersih itu hingga tumbang. Rasa malu tidak dapat dibayangkan lagi.

Zide pula rasa tidak sedap hati. Dia terus menyimpan gitar miliknya di tempat asal sebelum bergegas menuju ke pintu bilik. Pintu terus dibuka laju.

Dia melihat Qyrah sedang mengangkat penyedut hampagas yang rebah. Tanpa dipinta, Zide terus mendekat.

"Mari sini aku tolong." Pintanya dan terus mengambil alih alat pembersih itu dari tangan Qyrah.

Qyrah yang tidak tahu kemunculan Zide agak terkejut.

"Eh..." Ayatnya tidak habis apabila alat itu sudah pun diangkat oleh Zide. Zide menoleh ke arahnya.

"Nak bawa ke mana? Stor?" Tanyanya kemudian.

Lambat-lambat Qyrah mengangguk. "Haah."

Zide terus mengerti. Tanpa berlama, dia terus membawa alat itu. Qyrah berniat untuk turut serta tetapi Zide menghalang.

"Tak perlu. Biar aku hantar sendiri. Kau, tak apa-apa kan?" Halangnya sambil bertanya.

Qyrah terpinga. "Hah?"

"Kau, ada cedera tak? Benda ni kan jatuh tadi. Kaki tak tertimpa?" Soal Zide lagi prihatin. Kali ini lebih jelas dan terang.

Qyrah segera menidakkan. "Tak-tak! Aku okay ja."

Zide mengangguk faham. Dia terus berlalu di sebalik selekoh menuju tangga.

Qyrah menghembus nafas lega. Dada dia urut perlahan.

"Nasiblah dia tak tahu aku mencuri dengar dia menyanyi..." Monolognya lega.

Kemudian, dia teringat nyanyian Zide tadi. Dia tersenyum simpul tanpa dia sedar.

"Sedap dia nyanyi..."

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now