Bab 4

1.8K 169 7
                                    

IZZ dengan lemah bergerak menuju dapur. Tubuhnya terasa lesu dan penat walaupun hakikatnya dia baru sahaja selesai mandi. Untuk kesekian kalinya, dia menguap perlahan-lahan.

Tiba di ruang dapur, dia mengangkap tiga orang pemuda sedang sibuk menyiapkan sarapan. Matanya kemudian beralih pada meja makan. Situ pinggan telah disusun rapi mengikut kerusi. Makanan pula dihidangkan di tengah-tengah meja.

Izz tersenyum senang lalu menyapa dengan sapaan mesra.

"Selamat pagi, anak-anak pakcik?"

Ketiga-tiga pemuda yang sedang sibuk dengan kerja masing-masing menoleh serentak.

Melihat Izz sedang tersenyum senang, mereka segera mempelawa.

"Eh? Pakcik? Jemput makan." Pelawa salah seorang dari mereka.

Izz mengangguk tanda menerima dengan senang hati. Tanpa memilih, dia terus duduk pada kerusi yang ada di dekatnya.

Makanan yang terhidang dipandang dengan penuh selera. Bau makanan dihidunya. Dia tersenyum puas. Pantas dia menoleh ke arah pemuda yang menyapanya.

"Sedap bau masakan ini. Siapa yang masak, Azha?" Tanyanya bersemangat. Hilang terus rasa lesu yang dia rasai sebentar tadi.

Pemuda itu tersenyum sambil duduk di kerusi sebelahan dengan Izz.

"Siapa lagi kalau bukan Putera Zide, pakcik? Nak harapkan Azha masak? Belum tentu jadi." Jawabnya sambil memandang sekilas putera yang dimaksudkannya.

Izz turut menoleh. Zide yang baru hendak mendapatkan tempat duduk segera menunduk.

"Jemput makan." Komennya. Azha tergelak.

"Hebat! Tak sangka pula putera kita ni boleh masak." Puji Izz menyokong pandangan Azha. Azha tersenyum lebar.

"Hmm... pakcik?"Tanya seorang pemuda yang sejak tadinya diam.

Izz menoleh. "Ya?"

"Kenapa muka pakcik nampak pucat? Mimpi buruk ke semalam?" Sambungnya.

Izz terperanjat. "Ye ke?"

Azha segera menoleh. Wajah Izz dipandang. Serta merta wajahnya berubah cemas.

"Ha'ahlah. Pakcik nampak pucat. Pakcik tak sihat ke?" Soalnya cemas lalu lekas bangkit dan menghampiri Izz. Belakang tangan ditekup pada dahi.

"Pakcik ni demamlah!" Beritahu Azhad.

Zide dan pemuda yang satu lagi terkejut. Izz tersenyum. Tangan Azha ditolak lembut ke tepi.

"Ala. Demam sikit je tu. Jangan risau, pakcik okey!" Pujuk Izz.

"Panas macam lava tu pakcik kata panas sikit?" Pintas Azha tidak puas hati.

Izz tergelak kecil.

"Hahahahaha. Beragak sikit dalam berumpamaan tu." Komennya. Azha ditolak lembut kembali ke tempat duduk.

"Dah! Kamu semua jangan risau. Pakcik okay. Pakcik kuat. Apa yang penting sekarang ini, pakcik nak makan." Sambung Izz.

Tanpa berlengah, Izz terus mencapai pinggan dan sudu sebelum menyedok sarapan pagi yang sudah tersedia.

Azha hanya tersenyum kecil. Dia berpandangan kepada Zide dan pemuda yang satu lagi. Mereka bertiga mengangguk.

***

"AKU?!" Luaj Qyrah sedikit terperanjat dengan apa yang dilihatnya.

Perempuan yang sedang berdiri dihadapannya tersenyum mesra.

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now