Bab 11

1.5K 144 17
                                    

"ASTAGFIRULLAH pakcik? Anak siapa pula pakcik culik ni?" Tanya Kai secara tidak sengaja. Matanya tidak lepas memerhati Izz yang sedang mengendong seseorang masuk ke dalam rumah.

Izz tidak memberi sebarang respon. Dia terus  melangkah masuk. Kasut ditanggalkan sebelum melepasi ketiga-tiga pemuda itu. Tangannya kejap mendukung gadis itu.

"Zide!" Panggilnya tiba-tiba sebaik sahaja hendak melangkah ke atas tangga.

Zide terpinga. "Ha? Ya?"

"Bilik kamu sebelah mana?" Jawab Izz sambil berhenti melangkah pada anak tangga pertama yang yang menghubungkan tingkat atas.

"Bilik ketiga. Paling hujung dan dekat dengan jendela." Zide menjawab tanpa banyak soal.

Izz terus berlalu meninggalkan Zide, Azha dan Kai dalam keadaan terpinga-pinga.

Kai memandang Azha dan Zide satu persatu. Wajahnya terpamer jelas inginkan penjelasan.

"Siapa pula budak perempuan yang pakcik bawa itu?" Tanyanya. Azha mengangkat bahu.

"Tak tahu. Abaikan saja la. Bukan pakcik dah pesan. Jangan tegur atau tanya jika dia ada bawa seseorang?" Balasnya.

Kai mengangguk faham. Kemudian dia terpandang Zide yang beredar ke dapur.

"Nak ke mana Zide?" Soal Kai.

"Nak sambung masak." Jawab Zide ringkas.

Tanpa membuang masa, Kai dan Azha juga membuntuti di belakang. Setibanya di dapur, Kai terus melabuhkan punggungnya atas kerusi. Dagu ditongkat dengan tangan pada meja makan.

"Aku rasa ada something wrong lah dekat  pakcik kita tu." Dia meluah pandangan dengan nada perlahan.

Zide yang bergerak ke tempat masak menyampuk. "Something wrong? Maksud kau?"

"Maksud aku, dia seakan sedang menyembunyikan sesuatu dari kita. Sesuatu yang penting tapi kita tak boleh tahu." Kai menjelaskan. Zide tidak memberi respon.

"Kau ada point tapi kita tak ada bukti." Celah Azha yang baru sahaja melabuh punggung di sebelah Kai. Dia berpeluk tubuh.

Kai mengeluh.  "Tak apalah. Kita sambung tengok Zide masak."

Zide tersengih.

"Korang bantu la sekali. Macam mana nak pandai kalau tak turun tangan."

Azha memetik jari. Kai tertoleh. "Dengar tu Kai."

Azha segera bangkit lalu berdiri di sebelah Zide.

"Heii! Zide cakap dekat kita dua la!" Responnya tak puas hati.

Azha menjelir lidah. Manakala Zide tersenyum kecil.

***

IZZ menyelimutkan tubuh Qyrah dengan cadar yang tebal setelah luka yang berdarah sudah dibersih dan dibalut. Nafas lega terhela tanpa sedar.

Peralatan dan ubat-ubat yang terletak tepi katil dipandang sebelum memasukkan semula ke dalam peti kecemasan. Peti itu ditutup kemas sebelum disimpan kembali ke dalam almari.

Izz melihat kembali ke arah Qyrah.

"Bintang biru....." Dia mengulas perlahan apabila terlihat tanda lahir bentuk bintang atas dahi gadis itu. Ianya kecil tetapi tetap jelas kelihatan berwarna biru dan bentuknya. Ada tujuh bucu.

Tiba-tiba, mindanya terimbas semula ingatannya ketika bersama Permaisuri Elyn buat kali terakhir. Secara diam, dia gembira bila amanah permaisuri itu telah dilaksanakan jua.

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now