Bab 6

1.5K 140 4
                                    

"TERIMA KASIH, makcik!." Ucap Qyrah dengan penuh rasa gembira. Pantas dia menyalam tangan wanita itu lalu dikucup dengan penuh perasaan.

Sudah tentu dia akan melakukan tingkah laku sedemikian rupa. Memandangkan dia hanyalah seorang anak yatim piatu. Maka, Puan Aminah sahaja lah jadi tempatnya menumpang kasih seorang ibu.

Begitu juga kepada Tuan Ali walau lelaki itu amat benci kepada dirinya. Kedua-dua sosok inilah yang dia anggap sebagai ibu bapa kandungnya sendiri sejak beberapa tahun lalu iaitu sejak dia dipungut oleh Puan Aminah.

Puan Aminah terharu. Kepala Qyrah yang dilapisi kerudung lusuh diusapnya dengan penuh kasih sayang. Naluri seorang ibu tertumpah pada Qyrah walaupun gadis muda itu bukan darah dagingnya.

Qyrah mengangkat kepala lalu tersenyum manis.

"Qyrah pulang dulu ya makcik. Esok, InsyaAllah, Qyrah akan datang lagi."

Puan Aminah mengangguk kepala.

"Hati-hati pulang. Jangan melencong ke mana-mana. Terus pulang ke rumah." Dia berpesan. Qyrah tersenyum.

"Qyrah akan ingat. Jangan risau! Qyrah belum nyanyuk lagi..."balasnya berseloroh.

Wanita itu tergelak kelucuan. Terhibur hati tuanya yang telah lama mengidamkan anak sendiri.

Qyrah juga tertawa. Hatinya jua turut merasa bahagia dengan suasana itu. Namun, tanpa sengaja dia melihat Tuan Ali sedang tercegat di depan pintu rumah mewah. Tuan Ali sedang memandang tajam ke arahnya.

Tanpa berlama, dia terus mengatur langkah. Sebelum pergi, dia sempat melambai tangan kepada Puan Aminah.

Puan Aminah membalas lambaian itu sehinggalah kelibat Qyrah hilang dari pandangan.

"Tak payah nak kasih sangat budak tu. Dia bukan anak kita. Kalau dah yatim piatu, biarkan saja yatim piatu!" Tegur Tuan Ali tiba-tiba.

Berdesing telinga Puan Aminah mendengar sindiran kejam suaminya itu. Pantas dia memandang suaminya dengan pandangan yang tajam.

"Sampai hati abang cakap macam itu dekat Qyrah? Mana hati nurani abang?" Marah Puan Aminah lantang.

Tuan Ali membuat muka datar. Puan Aminah semakin sakit hati.

"Abang tahu tak anak yatim itu apa? Anak yatim adalah anak yang ketiadaan ayah dan ibu. Tiada tempat bergantung! Jaga sikit mulut abang tu! Beringat dengan nasib sendiri!" Tambahnya lagi membelah nasib Qyrah.

Tuan Ali dipandang berani walau dalam hati dia sebenarnya takut. Jelas rasa takutnya daripada nada pertuturanya yang bergetar.

Namun, marahnya itu bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja bagi suaminya. Tuan Ali hanya berbuat selamba akan hal tersebut. Ini menyebabkan hati kewanitaannya semakin tercalar.

Puan Aminah bergerak pantas ke pintu dari pagar halaman rumah. Tubuh suaminya ditolak kasar untuk mendapatkan ruang masuk ke dalam rumah. Tapi, dia berhenti dan menoleh semula kepada suaminya yang masih tetap pada postur awal.

"Lagi satu! Qyrah, itu Ani dah anggap seperti anak Ani. Suka hati Ani nak kasihkan dia atau tak. Abang suka atau tidak, terpulang. Setidaknya Ani ada hasil membela manusia yang tiada ibu bapa daripada membela abang yang bagai iblis yang tak punya hati nurani!"
Bidas Puan Aminah dengan nada yang tinggi.

Satu jeligan tajam di lemparkan kepada lelaki itu sebelum melangkah pergi ke arah dapur.

Tuan Ali terpaku seketika mendengarnya. Namun, bila hati sudah hitam, nasihat sekarangan dan air liur selautan pun takkan mampu mengubah kejahatan yang sudah bermaharajalela. Dia tersenyum sinis sendirian.

"Kau dah berani Aminah. Kau belum tahu aku ini siapa." Monolognya. Serentak itu jugalah, matanya berubah kepada merah. Merah saga lagaknya.

"Mungkin nanti kau akan kenal Makhlus yang berevolusi kali kelima!" Tambahnya lalu ketawa dengan kuat.

***


Qyrah berjalan santai sambil menjinjing plastik berisi bekal makanan yang telah diberikan oleh Puan Aminah. Sesekali bau makanan menyapa hidungnya dan setiap.kali itu jugalah dia akan terkecur liur.

Qyrah sesekali menoleh ke tepi jalan melihat beberapa buah kenderaan lalu lalang di sebelahnya. Kadang-kadang dia akan melempar senyuman kepada pemandu kereta yang lalu. Seperti selalu, senyuman itu pasti dibalas dengan makian kesat.

Diluar dia tidak menghiraukan hal tersebut namun jauh di sudut hati, dia terasa. 

"Kenapa lelaki, tak kira umur atau usia, semua begitu membenci aku..." Gumamnya tanpa sedar.

Benar. Itulah konflik yang dialaminya sepanjang hidup. Makian dan hinaan sahajalah yang menyambutnya jika bertembung atau berselisih dengan kaum yang bergelar lelaki. Sebab dan kenapa, sampai sekarang tiada siapa yang tahu.

Mungkin sebab tanda lahir di dahinya?

"Hoi!! Kau nak mati ke hah?!"

Qyrah tersentak dengan jerkahan itu dan pantas menoleh kebelakang. Matanya terbuntang!

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now