Bab 8

1.5K 138 9
                                    

Malam ini adalah malam yang sangat indah kerana dihiasi bintang-bintang yang bertaburan bagaikan permata di dada langit. Di suatu rumah, seorang gadis sedang menghampiri satu peti.

Peti besi yang berkarat itu berbunyi apabila dia membukanya. Dengan perlahan, tangannya menyeluk masuk ke dalam peti itu sebelum mengeluarkan sesuatu. Sebentuk tiara emas yang dihiasi permata dicapainya.

Setelah itu, dia bergerak ke arah balkoni. Tiara emas itu dibawanya bersama. Kemudian, tiara itu dipakainya.

Dia tersenyum namun hanya sementara. Dia kembali muram.

"Kenapalah aku ini yatim piatu?" Monolognya sayu. Tiara itu ditanggalkan kembali lalu ditenung dalam.

"Kenapa aku hanya ada tiara ini sebagai petunjuk? Apa maknanya?,"gumamnya lagi diakhiri dengan keluhan berat.

Tidak semena-mena, kelihatan cahaya biru muncul pada tiara itu. Dia terkejut.

Namun, dia menyedari cahaya itu bukan dari tiara malah sebaliknya. Tanpa buang masa, dia berlari ke cermin. Dia melihat.

Seperti yang dia sangkakan, tanda lahir di dahinya la yang bercahaya.

Ketika itu juga, sebutir bintang biru keluar dari situ. Dia tergamam melihat bintang itu berlegar-legar di dalam biliknya sebelum terapung di hadapannya.

"Kenapa kau muncul lagi?,"tanyanya berani.

"Salah ke aku muncul?," Tanya bintang itu. Soalan dibalas soalan.

"Memang salah! Gara-gara kaulah, kepala aku ni benjol menggunung tau!," Jawab Qyrah sedikit kasar.

Bintang itu ketawa.

"Hahahaha. Kau salahkan aku? Maaf! Itu bukan salah aku tapi pakcik kau. Tuan Ali!" Balasnya memberitahu.

"Salah pakcik?" Soal Qyrah terbungkam.

"Haah! Pakcik kau,"jawab bintang itu dengan nada yang selamba.

"Tapi kenapa? Macam mana pula kau tahu?"

Bintang itu mengeluh kasar.

"Aish! Lembab betullah kau ni Qyrah. Benda mudah macam tu pun kau tak tau ke?" Komen bintang itu sambil terapung-apung ke serata bilik.

Qyrah mencebik. "Bintang. Aku ni memang betul-betul tak tahu! Jadi jawab dengan baik-baik. Aku tengah serius ni."

Bintang itu berhenti melayang lalu menghampiri Qyrah.

"Betul kau nak tahu?"

Qyrah mengangguk. Dia menumpu sepenuh tumpuan pada bintang itu. Sejurus kemudian, bintang itu melayang semula.

"Hmmm. Nantilah! Aku malaslah nak cerita. Panjang."

Terlopong mulut Qyrah mendengar jawapan bintang itu.

"Berani kau..?! Wei! Ceritalah. Aku betul-betul nak tahu ni!" Mintanya dengan nada yang sedikit ditekankan.

"Qyrah. Aku ni bukan penglipur lara! Aku hanya seekor bintang. Bintang yang datang bila adanya sesuatu ingin dikhabarkan." Balas memberitahu fakta tentang dirinya.

Dia terus berlegar-legar ke serata bilik.

Qyrah rasa geram. Aku libas karang pakai penyapu, menjunam tu kau ke lantai bintang. Biar pecah berderai. Tapi, hanya dalam hati.

"Ha! Cakaplah. Apa yang kau nak khabarkan tu?" Soal Qyrah terus sambil menyilang lengan.

Si bintang terus berhenti tepat di hadapan Qyrah.

"Akan ada perkara yang akan berlaku pada kau di masa hadapan." Jawab bintang itu ringkas.

"Itu aku tahu. Tu je?"

"Yup!"

"Tak la penting sangat pun." Ulas Qyrah tidak berminat. Dia terus bergerak ke katil.

"Setidaknya kau boleh bersedia bukan?" Balas si bintang.

Qyrah tersenyum kambing. "Ye lah tu..."

Tiba-tiba terlintas satu soalan di kepalanya. Soalan itu serta-merta buat dia rasa bersemangat. Si bintang pantas ditoleh.

"Aku ada soalan."

"Apa itu?"

"Siapa yang utus kau?" Tanya Qyrah terus tanpa berlama-lama.

Si bintang bersinar terang kemudian malap tiba-tiba. "Tak tahu."

Semangat hilang tanpa jejak. Qyrah membuat muka. "Huh?"

"Betul. Aku memang tak tahu siapa dia. Namun, yang pasti dia sepertinya begitu kenal dengan kau."

Qyrah mengangguk faham. Ketika itu juga banyak persoalan yang muncul tapi dia simpan dahulu.

"Baiklah. Aku nak rumuskan dahulu. Kau akan muncul apabila kau nak beritahu utusan? Betul?" Tanya Qyrah.

Bintang pantas mengiyakan.

"Selain itu, utusan yang kau bawa mungkin betul?" Soal Qyrah lagi.

"Benar! Buktinya, aku kata aku terpilih dan kau pun dah jumpa Wifelord."

Qyrah menggangguk. Si bintang dipandang lagi.

"Jadi, kali ini, utusan apa yang kau akan bawa. Beritahu aku secara terperinci. Jangan terlalu umum."

Si bintang mendekat sebelum mendarat di atas telapak tangan Qyrah.

"Kali ini, utusan yang aku bawa pastinya akan mengembirakan kau." Jawab bintang itu teruja.

Qyrah nampak berminat.

"Apakah itu? Cuba bagitahu." Mintanya. Ketika itu, terbayang-bayang di mindanya berkenaan apa yang akan membuatnya gembira.

Terbayang-bayang di mindanya akan perkaara yang boleh buat dia gembira? Dapat emas? Mustahil. Kahwin putera? Ah berangan! Atau jadi puteri? Dalam mimpi!

"Kau akan bertemu dengan seorang lelaki, esok! Lelaki yang akan merubah keseluruhan hidup kau" Jawab bintang.

Belum sempat bintang menghabiskan kata, laju Qyrah memintas.

"Siapa? Putera raja ke?"

Keadaan sunyi seketika.

"Boleh tak biar aku habis cakap dulu? Berangan betul." Tegur bintang.

"Oh! Maaf! Teruskan! Teruskan!" Persila Qyrah sambil tersengih.

"Esok kau akan bertemu dengan lelaki dan dia akan ubah hidup kau."

"Kau dah bagitahu... Seterusnya?"

"Diam..."

Qyrah pantas menutup mulut dengan kedua belah tangan.

"Selain merubah hidup dia juga akan ambil kau jadi anak angkat dan terus membawa kau tinggal bersamanya." Sambung bintang itu.

"Apa?!"

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now