Bab 7

1.5K 130 1
                                    

Qyrah terbuntang apabila melihat sebuah kereta berwarna merah meluncur laju ke arahnya.

Dengan pantas dia mengelak ke tepi apabila kereta tersebut begitu hampir melanggarnya. Plastik yang dibawanya terlepas ke tanah tanpa sedar.

Kereta berwarna merah kemudiannya berhenti mengejut ke tepi. Kemudian, keluar seorang lelaki dari dalam kereta.

Lelaki itu menghampiri. Kaca mata hitam yang dipakainya ditanggalkan. Matanya mencerlung tajam ke arah Qyrah. Hatinya marah membara.

"Kau dah puas hidup ke? Dah nak mati?" Herdik lelaki itu dengan kuat. Tersentak Qyrah dibuatnya namun dia perlahan menunduk kepala.

"Minta maaf. Saya tak perasan." Balas Qyrah bersalah.

"Hei! Kau dengar sini. Kau ingat maaf kau boleh selamatkan kau ke tadi?" Tambah lelaki itu dengan nada yang tinggi.

Qyrah mengangkat kepala. Mata serius dia berikan.

"Encik ni dah kenapa? Saya yang salah bukan? Kenapa nak marah tentang keselamatan saya pula?" Soal Qyrah.

Lelaki itu mendengus.

"Aku marah ni sebab aku risaukan kau! Kau nak ke, kena langgar ke lepas tu mati tanpa siapa yang membantu kau? Kau ni bodohlah, Qyrah! Suka betul mengelamun masa jalan!"Jawabnya lelaki itu.

Qyrah tersenyum sinis. "Huh? Risau kan saya? Tak perlu Azrul. Kita bukan apa-apa pun. Saya kan pembawa bala bagi kaum lelaki! Jadi, risaukan diri encik sendiri sahaja." Sindir Qyrah sambil menyebut nama lelaki itu.

Dia bukannya tidak kenal lelaki dihadapannya ini. Bekas 'kekasih'.

Lelaki yang bernama Azrul itu terdiam. Serta-merta dia teringat keadaan di mana dia mengambil keputusan untuk putuskan hubungan dahulu.

Masih jelas diingatan, bagaimana dia terpaksa menurut kata ayahnya iaitu Qyrah tidak boleh dikahwini kerana dia pembawa bala dan harus dijauhi.

Mahu tak mahu, pada hari itu juga dia buang Qyrah dari hidupnya. Walaupun hati ketika itu rasa berat untuk melakukannya. Hanya kerana harus taat, dia lakukan juga. Menyesal bukan kepalang dia hari itu.

"Qyrah...semua itu..." Azrul hendak menjelaskan namun pantas dipintas oleh Qyrah.

"Tak! Tak! Tak perlu jelaskan. Saya dah tak nak ingat semua itu. Saya dah tahu semuanya. Saya tahu sebab, mengapa dan kenapa encik buat semua itu. Hahaha. Murah sungguh." Pintas Qyrah.

Azrul cuba menggeleng.

"Tak! Bukan macam tu ...",ayatnya tergantung bila Qyrah pantas mencelah lagi.

"Bukan apa? Encik dengar sini! Kita dah tak ada apa-apa. Simpanlah semua alasan bodoh kau tu. Dah! Aku nak balik!" Celah Qyrah yang mula terasa rimas.

Beg plastik yang jatuh pantas dia ambil.

"Qyrah tunggu dulu..." Pinta Azrul namun gadis itu biarkan. Qyrah terus sahaja berlalu pergi.

Terpaksalah Azrul berlari anak mengejar. Setelah seiringan, tangan mulus gadis itu dipegangnya. Qyrah tersentak.

"Lepaskan aku!" Qyrah cuba menarik semula tangannya yang dipegang namun gagal.

"Qyrah...dengar dulu penjelasan aku.".

"Penjelasan apa lagi yang nak bagitahu, hah? Jelas dan terbukti yang encik pun bencikan saya. Lepaskan!" Qyrah mendesak.

Azrul tidak mendengar. Dia terus memegang tangan Qyrah.

"Qyrah...tolonglah dengar dulu penjelasan aku ini. Ada sebab aku putuskan hubungan kita dan bukan sebab benci tetapi aku tersepit Qyrah! Aku tersepit!

Aku tidak tahu nak pilih antara dua pilihan. Ayah aku atau kau Qyrah? Kedua-duanya aku sayang dan bertakhta di tempat yang sama iaitu di tempat yang istimewa.

Tapi, aku terpaksa memilih ayah. Kau pun tahu bukan sebabnya? Ayah adalah insan yang kita tidak boleh ganti dan hanya satu dalam dunia ini. Bahkan, arahannya jua kita tidak boleh ingkari walau sejahat mana dia." Jelas Azrul.

Qyrah pantas menoleh tajam. Azrul pantas menggeleng kepala.

"Tak! Aku tak maksudkan seperti itu. Aku tak maksudkan yang kau boleh diganti. Tak! Apa yang aku ingin sampaikan ialah kita tak ada jodoh, Qyrah. Tak ada.

Aku harap kau faham bahawa apa yang aku telah putuskan adalah untuk kebaikan kita berdua. Aku dapat menjaga hati ayah aku dan kau tentunya dapat seorang lelaki yang lebih menyayangi kau, memerlukan kau dan pastinya lelaki itu bukan aku.

Jika kau sudi, biarlah hati kita bertaut saja  dari jauh. Mencintai walau tidak memiliki." Tambah Azrul panjang.

Qyrah tersenyum kecewa. Perlahan-lahan dia melarikan tangan Azrul yang memegang tangannya. Kali ini, berjaya.

"Sudahlah Azrul. Tak perlu nak ada cinta dari jauh. Lupakan sajalah. Kata-kata mu itu sama sekali tidak dapat memadam fakta bahawa kau seorang lelaki yang tidak ada pendirian yang teguh. Lelaki yang tak matang.

Kusangka kau tak benci aku, kau la lelaki yang layak rupanya tidak. Aku malah beruntung, kita berpisah. Kau sama sekali tak layak jadi peneman hidup aku. Tak berani memilih masa depan." Komen Qyrah.

Azrul yang terkejut dipandang.

"Baik. Aku setuju kita tiada jodoh. Betul. Aku juga memang patut dapat yang lebih layak daripada kau. Mulai hari ini, kau jangan muncul lagi depan aku!" Qyrah bertegas.

Tanpa membuang masa, dia terus berlalu pergi meninggalkan Azrul sendirian. Qyrah terus berjalan tanpa menghiraukan kereta terus menderum kuat sebelum lalu di tepinya.

Qyrah tidak peduli. Dia terus sahaja masuk lorong yang menuju ke rumahnya.

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now