Bab 1

2K 182 19
                                    

Izz berlari sepantas yang boleh menuju ke pintu gerbang. Lebih-lebih lagi apabila makhluk dibelakangnya sudah begitu dekat. Rasa takut dan cemas usah dikatakan lagi bagaimana ianya mengasak di dalam dada.

Setibanya dia di pintu gerbang, dia segera menolak pintu namun berkunci. Dia cuba sekali lagi namun tak berkesan. Izz semakin gelabah. Lebih membuatnya tidak tenteram bila mengingat makhluk itu tidak jauh darinya.

Tiba-tiba, dia terlihat seutas tali yang terlunjur dari atas pintu gerbang itu. Tanpa berfikir panjang, dia segera menarik tali sebagai sokongan untuk memanjat.

Tanpa diduga, seekor makhluk yang mendahului yang lain segera melompat ke arahnya dan berjaya menangkap kaki Izz. Pemuda itu tersentak lalu menoleh.

Kelihatan kaki kanannya sedang didakap kemas oleh makhluk itu. Tanpa disuruh, makhluk itu mula mengigit kakinya. Izz panik bukan kepalang dengan perlakuan makhluk itu lalu.

Tanpa sengaja, dia membuka luas matanya dan dari situ tersembur api marak yang panas dan mengenai si makhluk. Makhluk yang memegang kaki Izz menderam kesakitan lalu terjatuh ke tanah. Menggelupur  makhluk itu di bawah sana kerana dijilat api.

Izz yang masih trauma laju-laju menghabiskan panjatan. Setibanya dia di atas, palu yang ada di sekitar dicapai. Dengan sekuat tenaga, dia menghayunkan palu tersebut lalu mengenai sebuah loceng besar.

Tindakan tersebut dibunyikan berkali-kali.

Serta-merta, beribu-ribu anak panah api melayang keluar dari kota. Panah api itu adalah perangkap yang sengaja dibuat untuk melengahkan waktu makhluk itu menyerang.

Anak panah api itu kemudian jatuh menghujani kesemua makhluk yang sudah berada di hadapan pintu gerbang. Ada yang terbakar dijilat api dan ada juga yang terselamat malah semakin bertambah.

Izz gelisah. Perangkap yang dibuat masih gagal menghentikan pergerakkan makhluk itu.

Tanpa buang masa, Izz segera melompat turun ke bawah lalu berlari ke arah tembok kota. Dari jauh kelihatan ramai askar askar sedang sedang berkawal di pinggir kota itu. Kesemua askar itu merasa pelik apabila melihat kelibat Izz berlari kelam kabut.

"Makhluk Pemakan Manusia!!!!" Jerit Izz dengan kuat.

Serentak itu juga, pintu gerbang yang membentengi kota itu ranap dirempuh oleh makhluk-makhluk itu. Kedengaran mereka menderam dan melolong ngeri dari belakang. Kesemuanya bergerak laju mengejar Izz.

Kesemua askar-askar itu terkejut. Terkaku. Mereka tidak menyangka makhluk itu akan menyerang sampai ke situ. Ketua askar yang lengkap berseragam biru segera melaungkan arahan kepada pemukul tabuh.

"Bunyikan tabuh amaran sekarang!!!"

Serentak itu jugalah tabuh itu dibunyikan dengan ketukan yang sangat kuat. Kemudian, ketukan itu mula disahuti oleh bunyi ketukan yang lain yang datang dari setiap penjuru kota itu.

Para penduduk kota yang dikejutkan dengan bunyi itu jadi panik. Mereka berlari keluar dari kediaman masing-masing sebelum berpusu-pusu berlari ke arah istana. Mereka tahu hanya tempat itu sahaja yang selamat buat masa kini.

Izz jatuh terjelepok ke atas tanah sebaik sahaja tiba di tembok kota. Dirinya terus diselamatkan oleh salah seorang daripada askar yang ada. Izz dibawa dan direhatkan di suatu tempat yang sembunyi dan selamat. Izz tercungap-cungap kepenatan. Apa tidaknya, dia sudah melalui larian yang cukup jauh.

Lari menyelamatkan diri.

Izz melihat ketua askar bergerak di atas tembok kota. Di kiri dan kanannya menyusul askar pemanah.

"Askar pemanah! Bersedia!!" Laun ketua askar itu memberi arahan. Kesemua askar pemanah segera menarik panah lalu diarahkan ke arah langit.

Posisi sedemikian kekal sehinggalah ketua askar melaung untuk melepaskan anak panah.

"Serang!!"

Secara serentak, beratus-ratus anak panah dilepaskan dan melayang ke langit sebelum jatuh semula ke tanah menjunam lalu menikam kesemua makhluk itu.

Semuanya dihujani dengan panah. Ada tertikam mata, lidah dan ada juga yang terpacak ke tanah sahaja.

Bagaimanapun, bukan itu tujuan utama serangan.

"Letupkan!!" Arah ketua askar tiba-tiba.

Serentak itu juga, semua askar pemanah  bersiul pendek. Serta-merta, kesemua anak panah yang telah dilepaskan meletup dengan letupan yang sangat kuat.

Rupanya, anak panah itu adalah bom letupan kerdil yang meletup apabila mendapat signal daripada pemanahnya.

Makhluk itu meraung ngeri pabila hancur berkecai terkena letupan. Namun, masih ada  berjaya mengelak.

Secara tiba-tiba, kesemua makhluk itu berubah lebih agresif dan buas. Saiz mereka membesar sehingga menjadi makhluk yang besarnya tiga kali ganda dari tubuh manusia.

Tidak hanya itu, mereka juga berubah kepada bentuk baharu. Iaitu berubah menjadi makhluk serigala kacukan naga. Mereka menderam kuat sebelum menghampiri laju ke arah askar-askar itu.

Namun, secara tiba-tiba, kawasan yang dijejaki oleh makhluk itu bercahaya terang dengan cahaya berwarna merah. Mahkhluk-makhluk itu melolong dan cuba mengelak namun terlambat. Kesemuanya jatuh tersembam menyembah bumi. Tubuh mereka melekat kuat ke atas tanah ditarik sesuatu.

Izz yang secara diam-diam mengintai terkejut.

"Kuasa graviti?" Gumamnya.

Tiba-tiba, kedengaran ketua askar melaung kuat.

"Wifelord sudah tiba!" Laungnya dengan gembira.

Serentak itu juga, kesemua askar menoleh ke udara. Izz juga tidak ketinggalan.

Kelihatan di atas udara, terdapat seorang wanita berambut hijau sedang terapung-apung sambil tangannya terarah ke arah makhluk-makhluk itu.

Izz tersenyum gembira. Dia kenal wanita itu.

"Pergi dan tinggalkan tempat ini sekarang!"

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now