Bab 13

1.4K 134 18
                                    

BARANG keperluannya lincah dikemaskan dan dimasukkan ke dalam beg galas sederhana besar. Dia mesti cepat. Dia tidak ada masa yang cukup. Masa untuk keluar rumah!

Qyrah harus mengambil tindakan ini. Dia tidak ada pilihan. Peristiwa semalam bersama si bintang buat dia bertindak sedemikian rupa.

"BAKAL SUAMI????!"

Dia membuntang mata apabila sedar dengan jawapan bintang. Lelaki muda tadi itu bakal suaminya? Biar betul??

"Aku dah cakap. Kau pasti akan terkejut punya." Sindir bintang itu geli hati.

"Mana tak terkejut bintang oii? Pemuda asing entah dari mana kau kutip kemudian kau kata bakal suami aku. Ingat ini main-main?" Balas Qyrah tak puas hati.

"Aduh. Tenanglah sikit. Aku tengok, elok je lelaki tu. Handsem, tinggi dan kacak. Paling penting, putera pula tu. Bukankah kau teringin bersuamikan seorang putera?" Bintang itu terbang mengelilingi gadis bintang itu.

"Yelah tu. Dah! Aku tak percaya dengan perkara yang melampau macam ni!" Qyrah berpeluk tubuh sambil memandang tepat ke arah bintang itu.

Bintang itu berhenti. "Kenapa pula kau tak percaya? Ini berita betul tau! Tak direka!" Tegasnya.

"No-no. Aku tak percaya. Aku remaja lagi, masih 16 tahun kot."

"Aku tidak menipu lah Qyrah." Jelas bintang. Secara perlahan dia terbang ke arah gadis itu.

Qyrah mengeluh.

"Aku bukan tidak percayakan kau bintang." Balas Qyrah menidakkan kenyataan si bintang biru.

"Aku cuma tak percaya dengan berita yang kau bawa. Lelaki tu akan berkahwin dengan aku? Ia nampak mustahil! Kau tahu pun mesti tahu bukan, aku ini sangat dibenci oleh semua lelaki di dunia ini? Kecuali pakcik Izz, itu pun aku masih tidak percaya.  Jadi, agak berat bagi aku untuk menerima berita ini bulat-bulat." Qyrah bercakap jujur.

Bintang itu terdiam seketika.

"Tapi, lelaki ini sama seperti pakcik yang kau katakan itu." Cakapnya kemudian.

Qyrah mengangkat kening. "Kau yakin?"

"Seratus peratus!" Balas si bintang memberi jaminan penuh.

Qyrah mengeluh berat. "Baiklah. Aku akan fikirkan. Terima kasih kerana muncul kembali."

"Tiada masalah. Ini memang dah tugas aku." Bintang itu membalas sebelum dia mengecil lalu menyerap masuk ke dalam dahi Qyrah semula.

Sejurus kepergian bintang, Qyrah duduk diam berfikir.

Perlukah dia menerima berita itu dengan gembira? Adakah pisang berbuah dua kali? Tanpa sengaja, dia terkenangkan kenangan buruk antara dia dengan Azrul dulu.

Qyrah pantas mengeleng. Tidak! Dia tidak sanggup menghadapinya lagi. Dia serik. Akhirnya keputusan muktamad telah dia buat!

"Aku harus lari dari rumah." Dia bermonolog sendirian sambil tangannya pantas menzip beg galas. Tanpa berlama-lama lagi, dia terus mengangkat beg itu dan keluar dari biliknya.

Begitu berhati-hati dia menoleh keluar dan berlari anak keluar dari bilik tanpa sebarang bunyi. Dia tidak mahu tindakan gilanya itu diketahui oleh pakcik Arish.

Dia terus menuju lorong untuk ke tangga. Saat dia melalui bilik bapa angkatnya, dia berasa sayu. Dia rasa sedih untuk meninggalkan lelaki yang berjasa itu.

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now