Bab 20

1.2K 97 8
                                    

BANGUNAN Menara Yayasan Sabah adalah salah satu bangunan yang digunakan oleh kerajaan Negeri Sabah sebagai tempat bersidang. Bagaimanapun, disebabkan oleh reka bentuknya yang unik dan menarik, secara tidak langsung, ia menjadi ikonik dan jadi salah satu tarikan pelancong luar datang ke bandar Kota Kinabalu ini.

Keunikan bangunan tersebut yang telah menjadi bualan penduduk Sabah terutamanya penduduk sekitar. Hal tersebut membuatkan Izz berniat untuk membawa Qyrah pergi melihat-lihat.

Memang benar seperti yang dikatakan. Bentuk bangunan itu persis sel kering. Jika dilihat dari jauh ia seakan sebuah bateri gergasi.

Kesempatan yang jarang sekali diperolehi itu, Qyrah manfaatkan dengan meminta izin Zide untuk menangkap beberapa gambar untuknya menggunakan telepon pintar lelaki itu sendiri. Lelaki itu hanya menurutkan sahaja.

Sementara itu, Izz berdiri tidak jauh dari situ ditemani Azha dan Kai yang ralit dengan permainan maya mereka. Izz tersenyum senang melihat Zide dan Qyrah.

Dalam diam, dia memuji keserasian bakal pasangan itu. "Mereka sangat serasi." Puji Izz gembira.

Kai yang baru sahaja selesai menamatkan satu pusingan tidak sengaja mendengar pujian Izz. Zide dan Qyrah dipandang.

"Mereka berdua tu dah tahu ke akan jadi patner in life?"Soal Kai tiba-tiba.

Izz menjongket bahu.

"Mungkin. Zide mungkin tahu. Qyrah tidak pasti." Jawabnya.

"Untung Zide dah jumpa pasangan hidup." Sampuk Azha. Terdetik rasa cemburu dalam hati.

Izz menoleh. "Tak perlu nak cemburu sangat. Kamu itu pandai mencari. Sesiapa pun boleh jadi pasangan. Zide ni lain kisahnya. Hanya tertentu saja yang layak."

Mata Azha jadi bersinar.

"Maknanya, aku dah boleh cari kekasih la ni?"

Izz menjeling tajam. Soalan tidak dijawab. Azha terus menunduk dan fokus dengan online game nya.

"Kau ni Azha. Orang tengah serius kau nak melawak." Tegur Kai.

"Bangga jugalah dengan Zide dan Qyrah. Remaja lagi dah ada tanggungjawab yang harus dipikul. " Tambah Kai pula mengubah topik.

Izz melepaskan satu keluhan kecil sambil menyelukkan tangan kanan pada poket seluarnya. Dia memandang kedua-dua anak angkatnya itu dikala Kai juga melakukan hal yang sama.

"Bagaimanapun, kita masih harus menunggu Qyrah rasmi menjadi Wifelord."

"Bila?" Kai bertanya. Izz menjongket bahu.

"Apabila Qyrah mempunyai perasaan terhadap Zide?"

Lantas Kai ketawa.

"Kenapa kamu ketawa? Pakcik salah cakap ke?" Soal Izz.

Kai menggeleng. Telepon pintar dia simpan ke dalam kocek seluar dan berdiri di sebelah Izz.

"Tak."

"Habis itu?"

"Kai cuma tak boleh bayang berapa lama kita akan  menunggu Qyrah jatuh cinta terhadap Zide. Zide tu dingin orangnya. Tak bersedia pula tu dalam berhubungan." Jelas Kai.

Izz menjongket kening. "Sebab?"

Kai mengangkat bahu. Tanda tak tahu. Izz bergumam perlahan.

"Kalau macam itu, pakcik jadikan hal ini sebagai tugas penting bagi kamu berdua. Buat Zide berminat  untuk bercinta." Ulas Izz membuatkan Kai sedikit terkejut.

"Aku?"

"Tak. Kamu dengan Azha. Azha!"

Azha yang sejak awal hanya dia menunduk pantas mengangkat kepala, menoleh.

"Ha?"

"Kamu berdua dengan Kai."

"Kenapa dengan kami berdua?" Soal Azha seakan berminat. Kai pula mula meluat seakan tahu apa yang akan berlaku nanti.

"Buat Zide dan Qyrah saling jatuh cinta."

Azha pantas memetik jari. Dia bangkit dan terus melingkar lengan pada belakang leher Kai. Senyuman lebar terukir.

"Bereh! Kacang je tu. Kan Kai?" Balasnya. Kai dipandang. Pemuda itu menjeling.

Izz tersenyum senang. Dia kembali melihat Zide dan Qyrah yang masih berada sekitar bangunan Yayasan Sabah itu.

"Terpulang kepada kamu berdua nak buat macam mana." Kata Izz sambil melihat telapak tangannya. Simbol api yang samar-samar kelihatan dia tatap.

Azha dan Kai juga melakukan hal yang sama. Kelihatan simbol angin dan alam di tangan masing-masing.

"Serahkan kepada kami pakcik. Kalau benar kami memiliki kuasa magik, kami akan pastikan Qyrah menjadi Wifelord secara rasmi sebelum kita balik ke Antasy World. Moga kita semua dapat semula kuasa secepat mungkin." Ujar Azha bersemangat.

Izz tersenyum bangga.

Memang benar. Mereka berempat sebenarnya memiliki kuasa. Kuasa magik. Bagaimanapun, kuasa mereka terkunci sejak sepuluh tahun yang lalu.

Satu-satunya kunci terbebasnya kuasa mereka semula adalah kembalinya seorang Wifelord. Satu-satunya calon Wifelord yang ada ketika ini adalah Qyrah Aileen.

Qyrah lah anak kunci bagi segala kunci yang menyegel kuasa magik para lelaki di Negara Kristalis. Rasminya Qyrah menyandang jawatan itu, kuasa yang tersimpan selama ini akan terbebas semula.

Itulah cerita yang dia ulang-ulang setiap malam kepada Azha, Zide dan Kai agar mereka tidak lupa akan asal usul mereka sebagai manusia alam fantasi.

Atas sebab itu juga, Azha dan Kai tahu identiti sebenar Qyrah tanpa dia beritahu. Cuma....

"Zide tahu ataupun tak?" Bisik Izz pada diri sendiri.

***


QYRAH membelek-belek gambar yang Zide tolong ambilkan. Terukir senyuman di bibirnya.

"Okay tak?"

Qyrah mengangguk perlahan. Telepon ditangan diserahkan semula kepada Zide.

"Okay. Cantik. " Balas Qyrah berpuas hati.

Zide mengumam lembut. Telepon pintar disimpan.

"Kita nak ke mana lepas ini?" Soal Qyrah kemudian apabila mereka berdua bergerak kembali ke kereta di mana Izz dengan lain sedang menunggu.

Zide mengangkat bahu. Qyrah ditoleh sekilas.

"Kau nak ke mana?"

Qyrah menjongket bahu.

"Tak tahu. Qyrah tak pernah ke Kota Kinabalu. Tak tahu nak ke mana."

Zide mengganguk faham. Dia melempar pandangan ke arah pengunjung lain.

"How about..." Zide bersuara. Qyrah si sebelah ditoleh.

"...kita ke 1Borneo?" Tanyanya.

"1Borneo?"

Zide mengiyakan.

"Tempat apa tu?" Tanya Qyrah. Tak pernah dia dengar nama itu.

"Bangunan biasa. Tempat orang ramai membeli. Pusat membeli-belah standard."

Qyrah membulat mulut. Kemudian dia mengangguk setuju. "Boleh juga. Sekadar jalan-jalan."

Tanpa berlama, mereka berdua terus memantaskan langkah sebaik sahaja mendapat lambaian dari Izz.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now