Bab 2

2.1K 164 15
                                    

IZZ secara mengejut terjaga dari tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap seketika sebelum dia perlahan mengusap dadanya berkali-kali.

"Aku mimpi ke?" Ujarnya perlahan.

Izz meraup mukanya yang sudah berkedut.

"Astagfirullah...." Dia beristighfar.

Sudah lama dia tidak bermimpi sedmikian. Apa ada makna dari mimpi itu? Ah. Biarlah.

Izz menggeleng kepalanya. Pada masa sama, dia mengerling sekilas jam penggera di tepi katil. Jarum menunjukkan waktu 3.30 pagi.

"Masih awal." Komennya sebelum menguap sekali lagi.

Dek mata yang masih terasa berat, dia terus merebahkan kepalanya di atas bantal. Tanpa mengambil masa yang lama, Izz kembali lena.

Tiba-tiba, tingkap biliknya terbuka luas ditiup angin entah dari mana.

Jauh diluar jendela itu iaitu di dada langit, kelihatan sebutir bintang berwarna biru sedang berkelip-kelip cerah.

Namun hanya sementara, bintang itu kemudiannya mengecil dan mengecil hinggalah hilang tanpa jejak.

Jendela bilik kembali bertutup dengan sendirinya. Seolah-olah tiada apa yang telah berlaku.

***

Jauh di pedalaman Sabah...
Pekan Beluran...

AYAM jantan berkokok bersilih ganti menandakan waktu siang sudah mula bekerja. Jauh kelihatan di lereng bukit, garis-garis cahaya sang mentari muncul keluar dari tabir suramnya suasana subuh.

Burung-burung madu mula berterbangan dan berkejaran keluar dari sarang untuk mencari madu bunga. Sekali sekala mereka bersiul riang memanggil rakan-rakan mereka.

Di keindahan suasana pagi itu, seorang gadis telah terjaga dari tidur yang lena. Dia kemudiannya bangun lalu mengeliat. Matanya yang kabur digosok perlahan-lahan.

Jendela bilik yang masih bertutup dipandangnya mamai. Dengan pergerakan yang masih lemah, dia berjalan ke arah jendela itu lalu dibuka bingkainya.

Matanya segera diredupkan apabila terkena cahaya matahari. Setelah dibiarkan lama, barulah membuka matanya dan terus dijamukan dengan pemandangan bunga-bunga yang sedang berkembang mekar di tepi jendela.

Dia tersenyum mekar seperti mekarnya kembangan bunga yang dilihatnya. Dia kemudian berpusing ke belakang. Tuala lusuh dan bertampal yang tersangkut pada sebatang paku segera dicapai lalu disidai di atas bahu.

Kemudian, dia menapak ke dari rumah bagaimanapun dia sempat mencapai sebuah gayung kayu yang tergantung di tepi pintu sebelum bergerak turun menuju perigi untuk menyegarkan diri.

Setelah bersih-bersih, dia berlari anak kembali ke rumah. Kedinginan pagi yang diikuti embun membuatkan dia mengigil kesejukan dan tidak dapat bertahan lebih lama di luar dalam keadaan dirinya yang hanya berlapik tuala dan kain sarung.

Setibanya di rumah, dia segera bersiap dengan memakai pakaian yang ala kadar. Tidak lupa dia menyarungkan tudung sarung yang sudah agak lusuh.

Walaupun agak lusuh tapi ianya masih bersih dan terlihat kemas apabila dia memakainya. Dia tersenyum-senyum sendiri sambil menari-nari riang melihat dirinya dihadapan cermin yang sudah tinggal separuh.

Tidak lama kemudian, dia bergerak keluar dari rumah lalu pintu dikunci dari luar menggunakan sebiji mangga kunci. Anak kuncinya disimpan dalam kocek baju sebelum bergerak meninggalkan rumah.

Langkah dipantaskan menuruni anak tangga lalu menyusuri lorong kecil yang menghubungkan ke jalan besar.

Laluan pejalan kaki dia lalui sambil bernyanyi dengan riang. Sedikit pelik bagi seorang gadis yang sudah berusia 16 tahun namun itulah rutin hariannya.

Rutin harian sebelum menuju rumah tempat dia bekerja sebagai pembantu rumah di rumah orang kaya.

Benar. Dia bekerja sebagai pembantu rumah. Dia tahu dia terlalu awal untuk bekerja tapi itulah cara dia hendak terus hidup.

Dia seorang anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya telah lama meninggal dunia. Walaupun dapat tahu dari orang lain, dia tetap percaya dan bukan jadi penghalang untuk dia tidak berusaha sendiri.

Jika dia tidak berani cuba berdikari, maka sesuap nasi tidaklah dia dapat rasai.

"Qyrah!!" Jerkah seorang lelaki dengan kuat sebaik sahaja gadis itu sampai di sebuah rumah yang agak besar dan mewah.

Gadis yang bernama Qyrah itu tersentak dan pantas mengangkat kepala.

Kelihatan seorang lelaki dewasa sedang bercekak pinggang di pintu pagaar dengan riak muka yang sungguh menakutkan.

"Hari-hari datang lambat! Kau ingat kau siapa boleh datang sesuka hati? Hah?!" Herdik lelaki itu kasar. Kasar tanpa berlapik.

Qyrah tidak membalas. Malah, dia segera menghampiri lelaki itu. Kemudian dia menunduk hormat.

"Maafkan saya pakcik!" Ucap Qyrah dengan ikhlas.

Lelaki itu mendengus.

"Maaf...Maaf! Itu saja yang kau tahu! Dah! Jangan buang masa! Pergi tebas lalang belakang rumah! Kerana kau lambat hari ini, sarapan pagi kau aku tarik. Tanda hukuman atas kelewatan kau!" Balas lelaki dengan nada yang tinggi.

Qyrah tersentak dengan arahan itu tetapi dia membiarkan sahaja. Itu adalah arahan.

"Faham tak?!"

"Faham, pakcik!" Jawab Qyrah patuh.

"Dah! Pergi dari sini! Aku benci tengok muka engkau tu! Jijik!" Balas lelaki itu dengan nada jelik.

"Oh ya! Satu hal lagi. Jangan kau sekali-sekali nak panggil aku pakcik. Aku bukan keluarga kau! Panggil aku Tuan Ali, Faham!!" Arahnya tegas.

Sekali lagi Qyrah mengiyakan sambil berkerut dahi menahan perit telinga yang berdesing kerana jerkahan Tuan Ali.

"Dah! Pergi buat kerja!" Halau Tuan Ali sebelum beredar masuk ke dalam rumah mewahnya.

Qyrah tanpa membuang masa terus masuk ke halaman. Sempat dia menutup pintu pagar sebelum bergerak laju ke belakang rumah.  Satu keluhan berat terhela pabila melihat lalang sudah tumbuh panjang di kawasan itu.

Tanpa banyak soal, dia terus bergerak menuju yang terletak dibina di hujung halaman belakang. Pintu segera dibuka lalu segera menyelongkar mencari sesuatu. Mulutnya tersenyum lebar apabila dia menemui sebilah sabit yang agak berkarat.

Tidak berlama, sabit diambil lalu diasah menggunakan batu pengasah. Qyrah mengasahnya sehingga kembali berkilat dan seperti baharu.

Dia cuba menghayunkan perlahan sabit itu ke arah lalang yang berdekatan. Hasilnya, hanya sekali ayun, banyak lalang yang tumbang. Surah berpuas hati.

Tanpa berlengah, Qyrah terus menebas lelalang itu dengan senang hati.

Pada masa yang sama, Tuan Ali mengintai tindak-tanduk Qyrah jendela rumah mewah. Dia mendengus geram kerana rasa sakit hati melihat gadis mampu melakukan tugas yang dia arahkan dengan senang hati.

"Celaka kau, Qyrah! Kau tunggu! Aku tidak akan biarkan kau senang! Dasar pembawa malang!" Monolognya dengan nada benci berbaur marah. Kelihatan jelas dia begitu membenci gadis itu.

Dia melepaskan satu rengusan marah sebelum berlalu pergi meninggalkan jendela itu.

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now