Bab 1: Menggunung

8.5K 381 14
                                    



Sekolah Menengah Kebangsaan Adrujha bakal menjadi sekolah baru untuk lelaki berambut kemas yang disikat ke tepi itu. Dia sekadar melontarkan pandangannya tepat ke arah luar kereta yang sedang meluncur laju membelah kawasan hutan yang berkabus, mengapit jalan raya. Disebelahnya ialah seorang lelaki tua yang dalam lingkungan penghujung 40-an sedang sedang memandu yang sesekali, akan menoleh ke arah anak muda lingkungan 17 tahun yang sedang duduk disebelahnya.


"Pakcik minta maaf sebab tak sempat nak lawat pengebumian mak, ayah dengan kakak Izzat..." tutur lelaki tua itu sekaligus membuatkan Izzat menoleh ke arahnya, sebelum menggeleng. Rambutnya hampir sahaja beruban. Namun demikian, tubuhnya kelihatan tegap, dan tangannya kelihatan berotot.


"Saya faham... hari tu kan ada tanah runtuh... laluan keluar dari Menggunung semua kena tutup..." tutur Izzat sebelum kembali mendiamkan diri, melemparkan pandangan kembali ke pemandangan yang sedang terpapar di sekitarnya. Sepanjang kereta Proton Wira itu memanjat jalan yang semakin cenuram, memandangkan untuk sampai ke Menggunung yang terletak di tanah tinggi, sepanjang itu jugalah Izzat mendiamkan diri, sambil menatap banjaran Titiwangsa yang merupakan latar belakang lebuhraya yang dibina berapit dengan gunung-ganang itu.


"Mak, ayah dengan kakak kamu orang yang baik. Sebab tu TUHAN panggil mereka dulu," gumam lelaki tua itu lagi. Namun, Izzat tidak menoleh langsung sebaliknya terus tenggelam dalam pemandangan yang sedang terpapar disekitarnya.


"Kaira dengan Ariq... anak pakcik tak sabar-sabar nak jumpa kamu. Masuk tahun ni, dah...."


"6 Tahun tak jumpa diaorang," Izzat mencelah sebelum sempat lelaki tua itu menghabiskan ayatnya.


"Kamu kira ya..." gumam lelaki tua itu lagi.


"Apa khabar diaorang?" soal Izzat sambil menoleh ke arah lelaki tua itu.


"Dah besar panjang macam kamu. Kaira tengah cuti semester. Ariq nanti sama sekolah dengan kamu..." tutur lelaki tua itu sambil tersenyum.


"Pak Ngah... sekolah saya tu... SMK Adrujha?" soal Izzat lagi.


"Aa. Tak jauh dari rumah Pak Ngah. Dan dekat jugak dengan Balai Polis Menggunung. Kamu tentu suka sekolah tu. Kenapa ya Izzat?" soal Pak Ngah.


"Nama Adrujha tu... saya pernah baca dalam sejarah..." gumam Izzat lagi sebelum dia mengeluarkan telefon bimbit dari seluar jeansnya. Terus jari-jemarinya membuka aplikasi gallery dalam telefon bimbitnya. Beberapa ketika kemudian, foto seorang wanita dan lelaki terpapar dalam gambar bersama dengan seorang gadis.


"Pak Ngah... kalau nanti cuti ke apa... boleh tak kita balik ke Eurasia? Izzat nak melawat kubur mak, ayah dengan kakak?"


"Boleh nak... kalau kamu betul-betul rindu kat diaorang masa hari biasa pun, Pak Ngah akan bawa kamu jumpa diaorang!" tutur Pak Ngah sambil membelokkan steringnya. Sebuah pekan yang agak berkabus menyambut pandangan mata Pak Ngah dan Izzat. Begitu juga dengan sebuah papan tanda yang tertulis ketika di pintu masuk ke pekan itu.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now