Bab 37: Semangat Hutan

3.4K 262 37
                                    



Kamarul dan Ikmal tidak senang duduk, mundar-mandir sambil melemparkan pandangan ke arah kawasan hutan. Seorang demi seorang pelajar SMK Adrujha pulang dari aktiviti night walk, namun tetap batang hidung sahabat mereka tidak kelihatan. Pelajar terakhir yang muncul adalah Amran yang habis seluruh tubuhnya penuh dengan lumpur. Kemudian muncul Muwarfa Farid bersama beberapa renjer hutan. Untuk seketika, mereka berdua berdiri penuh pengharapan bahawa sahabat-sahabat mereka yang turut masuk ke dalam hutan akan muncul, namun sebaliknya rasa hampa yang menyerang diri.

Kamarul terus berlari menghampiri Muwarfa Farid yang sedang berbincang dengan renjer hutan serta beberapa orang lelaki yang dari penampiln berkopiah mereka menunjukkan kemungkinan bahawa mereka ialah pengamal perubatan yang dijemput oleh ketua fasililator pada hari itu. Begitu juga dengan kelibat beberapa orang guru.

"Abang Farid... kawan-kawan saya... macam mana dengan diaorang?" soal Kamarul. Ikmal sekadar mengekori dari belakang, dengan kedua-dua tapak tangannya masih di dalam poket seluar jeansnya. Meski dia tidak menunjukkan kerisauannya dengan jelas seperti Kamarul, tetapi dari riak wajahnya, betapa dia sudah mula ambil berat pada sahabatnya yang sedang terperangkap di dalam hutan sana.

"Kamu Kamarul... buat masa sekarang, kami belum jumpa sebarang jejak Izzat, Emmy, Adilla, Megat, Sofea dan Najirah. Harap bersabar ya?" gumam Muwarfa Farid sebelum kembali berbual dengan renjer hutan dan guru yang bertugas. Dengan wajah yang terlukis jelas perasaan hampanya, Kamarul mula menjauhi kumpulan lelaki dewasa itu sebaliknya dia memilih satu sudut lapangan di kem motivasi itu seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Aku harap diam kau... bukan diam nak merancang benda yang bukan-bukan... kan?" kata Iklmal dari belakang membuatkan Kamarul menoleh.

"Aku tak percaya lelaki-lelaki dewasa bodoh kat sana," kata Kamarul.

"Oh shit... habislah aku," gumam Ikmal sambil menggeleng, mengetahui bahawa Kamarul ada rancangan lain, dan yang lebih menakutkan ialah dia bakal diheret sama dalam rancangan itu.

"Ini... berdasarkan analisis aku, ada banyak benda kat dalam sana yang mungkin ambil kawan-kawan kita. Tapi setakat ni, semua benda-benda yang aku agak ada dalam tu, aku tahu kelemahan diaorang," kata Kamarul.

"Jadi?" soal Ikmal dengan kedua-dua kening yang terangkat.

"Aku nak balik ke dorm kita. Ambil beg aku dan menyelinap masuk kat dalam hutan sana!"

"Allahu!" Ikmal menepuk kepalanya.

"Ikut aku... aku nak kau jadi mata-mata. Kita lari ke dorm cepat... ambil barang kita dan... menyelinap masuk kat dalam hutan sana! Faham?"

"Aku rasa memang aku ditakdirkan dengan nasib malang," gerutu Ikmal sendirian ketika dia sedang mengekori Kamarul dari belakang menuju ke dorm lelaki. Sempat juga dia menoleh ke belakang, melihat pelajar-pelajar tingkatan 5 yang lain sedang berkumpul sesama mereka, berbisik bercerita tentang rentetan perkara pelik yang berlaku pada mereka.

"Aku harap kalau aku mati nanti, diaorang akan kenang kita sebagai wira, bukan budak bodoh yang cuba nak selesaikan segala-galanya seolah-olah dia tu adiwira," gerutu Ikmal semakin menyakitkan hati, namun Kamarul terus memekakkan telinga. Selepas beberapa minit melangkah, mereka akhirnya sampai ke dorm lelaki pada jam yang sudah mencecah pukul 12 pagi itu.

"Sunyi..." tutur Kamarul ketika dia menolak perlahan pintu. Ketika Ikmal mahu melangkah masuk, Kamarul terus menahan budak lelaki itu.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now