Bab 46: I'll Be There For You

2.7K 248 24
                                    

Emmy dan Adilla terus meluru ke arah Najirah lalu memeluk erat tubuh gadis itu. Megat Azizan pula masih terpingga-pingga dengan apa yang berlaku. Kedua-duanya menangis teresak-esak Untuk seketika, Kamarul menarik Izzat menjauhi Najirah sambil dahinya berkerut.

"Najirah... nadi dia tak wujud. Dada dia tak beralun tanda bernafas. Kulit dia sejuk," jelas Kamarul pada Izzat membuatkan Izzat terus menoleh ke arah Najirah. Gadis yang berusia 17 tahun itu masih kekal berpelukan dengan Adilla dan Emmy. Sofea pula sekadar berdiri memerhati sambil tersenyum.

"Dia betul-betul dah bertukar jadi vampira?" soal Izzat.

"Nampaknya macam tulah," balas Kamarul.

"Walau siapa pun dia, dia tetap kawan kita," tutur Izzat.

"Aku takut nanti dia... dia tak mampu kawal dahaga darah dia dan lepas tu memburu nyawa tak bersalah," luah Kamarul.

"Dan lagi 2 jam nak siang... matahari bila-bila masa sahaja akan tercongak atas kepala kita. Kau rasa dia tak terbakar ke?" soal Kamarul.

"Dalam kitab kau tu, tak ada sebut pasal vampira?"

Kamarul pantas menggeleng.

"Vampira ialah ilmu hitam dari bumi Eropah. Kitab aku pulak cakap pasal ilmu hitam dan makhluk natives kepada kepulauan Melayu ni," jelas Kamarul.

Tiba-tiba sahaja, Megat Azizan bangkit sambil mengesat air mata yang sedang mengalir dari kelopak matanya. Dia tersenyum sambil menghampiri Kamarul dan Izzat yang sedang berbual di satu sudut hutan itu.

"Minggu depan cuti kan?" soal Megat Azizan tiba-tiba.

"A'a. Cuti penggal pertama," gumam Izzat.

"Kita raihkan kejayaan kita. At least tak ada yang mati di antara kita," kata Megat Azizan riang.

"Najirah mati tadi," bisik Kamarul di sebelah Izzat.

"Guys... jom masa cuti ni kita ke Rajawali?" ucap Megat Azizan kembali ke watak periangnya

"Kenapa?" soal Adilla sambil meleraikan pelukannya.

"Kita sambut kemenangan kita melawan Tok Batin dan segala makhluk peliharaan dia kat dalam hutan ni! Kita pergi HE Universe Theme Park kat sana!" tambah Megat Azizan.

"Naik KTM kan?" Ikmal yang sedang berdiri tidak jauh dari Megat Azizan mengangguk.

"Mestilah! Kita semua mana ada lesen. Bawah umur lagi!" kata Megat Azizan.

"Aku nak ikut!" kata Najirah ketika dia cuba bangkit sambil dibantu oleh Emmy. Baju-T yang disarungkan pada tubuhnya penuh dengan kesan darah yang datang dari luka dibenamkan parang yang menembusi perutnya.

"Aku ajak semua orang! Awak sekali tau Sofea!" ajak Megat Azizan.

"Izzat... kita kena hati-hati. Aku takut yang Najirah hilang kawalan nanti dekat HE Universe," ujar Kamarul ketika rakan-rakan mereka yang lain sudah mula meninggalkan kawasan itu. Izzat sekadar mengangguk sambil memandang tajam Najirah dari belakang.

Mereka berlapan mengambil masa selama beberapa jam untuk mencari jalan keluar dari kawasan hutan. Hanya ketika matahari sudah mula naik di atas kepala, barulah mereka menemui lapangan yang menjadi tempat mereka berkumpul semalam sebelum menjalani aktiviti Night Walk itu. Izzat dapat menangkap kelihat Muwara Farid yang berkelubung selimut sambil beberapa anggota polis, bomba dan renjer sedang berkumpul. Apabila mereka muncul, ramai mula berlari ke arah Emmy. Ya, tentu kalian terfikir, mengapakah Emmy, bukannya Sofea? Semuanya terima kasih kepada Izzat yang sempat memikirkan apa yang bakal dihidangkan kepada mereka.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now