Bab 44: Penghisap Darah

2.9K 261 23
                                    


Megat Azizan melangkah sambil melihat tubuh-tubuh Semangat Hutan yang sedang mereput dihurung oleh ribuan lalat dan serangga. Meski baru sahaja beberapa saat atau minit mereka tumbang dalam pertempuran, tetapi seolah-olah tubuh yang sedang bergelimpangan itu sudah berada di situ sejak beberapa minggu yang lepas. Medan tempur antara pahlawan-pahlawan Bunian dan juga Semangat Hutan sedang menyebarkan bau busuk, dan juga menarik ribuan serangga yang tertarik dengan bau bangkai yang tersebar. Kelihatan beberapa pendekar bunian yang tidak berkuda yang berkemampuan menembusi pokok-pokok balak di Hutan Menggunung sedang menghabiskan sisa-sisa Semangat Hutan yang masih belum mati.

"Ilmu hitam jijik... makhluk hitam yang menghuni hutan ini sejak 500 tahun lalu ni mencipta makhluk seperti mereka..." gumam seorang lelaki berjambang putih yang lengkap memakai zirah besi, lengkap berbusana Melayu seperti bertanjak, dan juga membawa sebilah keris yang berlumuran darah. Dia sedang menunggang seekor kuda putih yang kebetulan melangkah disebelah Megat Azizan. Aneh, wajahnya menunjukkan dia seperti di pertengahan usia 30-an, namun uban yang tumbuh di kepala dan jambangnya seolah-olah memberitahu bahawa usianya sudah mencecah lebih ratusan tahun.

Kemudian, seekor kuda lagi muncul dari kanan Megat Azizan. Kali ini ditunggang oleh seorang wanita yang sangat cantik yang mengikat rambutnya sanggul, lengkap berpakaian baju kurung Perak yang bajunya hampir sama seperti baju Melayu, berseluar panjang yang turut disarungkan selendang melindungi bahagian bawah pusat sehingga atas peha. Cuma, baju kurung Perak itu diciptakan untuk wanita. Di belakang wanita itu, Emmy sedang setia menunggang.

"Kak Mutiara... mereka-mereka ini, sebelum menjadi Semangat Hutan, apakah seorang manusia?" soal Emmy.

"Ya, manusia yang malang memilih membunuh diri untuk mengakhiri hidup mereka. Sesuatu yang sangat dibenci oleh ALLAH. Tetapi makhluk hitam yang mendiami hutan ini menjadikan mereka mangsa ilmu hitam mereka, tukarkan tubuh-tubuh yang membunuh diri ini menjadi Semangat Hutan," jelas Mutiara.

"Ayahanda... rasanya apakah kita harus mengejar si Tok Batin itu dan meyuruh dia tamatkan dendamnya?" tambah Mutiara lagi.

"Rasanya kita harus tamatkan dengan segera. Hutan ini sudah tidak seaman dulu," tutur lelaki berjambang putih itu.

"Celaka apa ni..." gumam Megat Azizan tiba-tiba. Untuk seketika ratusan pendekar bunian dan Mutiara yang berada di medan tempur itu tergamam dengan reaksi tiba-tiba Megat Azizan.

"Hati-hati Jiji... kau sedang bercakap dengan raja bangsa bunian!" Emmy di atas kuda menegah.

"Aku tak peduli siapa orang tua ni, tapi aku rasa macam bullshit sangat!" balas Megat Azizan.

"Dia baru selamatkan nyawa..."

"Dia boleh selamatkan kita dari awal! Dia boleh selamatkan nyawa-nyawa yang bunuh diri dan dijadikan mangsa ilmu hitam ni lebih awal! 500 tahun dulu, masa pengasas Menggunung dan orang asli di dalam hutan ini bersengketa, dia boleh datang awal. Semua ni tak akan berlaku kalau dia bertindak lebih awal. Atau bangsa dia! Tapi tak, hanya selepas kau serbu masuk ke istana dia, merayu minta belas kasihan lelaki ni, barulah dia datang nak tunjuk hero? Aku... aku tak boleh hadam semua benda ni!" Megat Azizan tiba-tiba meluahkan apa yang sedang terbuku dalam hatinya.

"Apa yang kau tahu tentang apa yang berlaku 500 tahun yang lalu di Menggunung?" soal lelaki berjambang putih itu.

"Aku nampak sendiri. Aku nampak lelaki yang wajahnya seperti aku tumbang di sini... hanya kerana demi cinta dia! Aku nampak gadis seperti Sofea yang dibakar hidup-hidup! Aku nampak apa jadi pada Najirah..." Megat Azizan terdiam.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now