Bab 2: Keluarga Baru

5.4K 316 16
                                    


Izzat sedang duduk sambil menghadap seorang gadis berambut kerinting panjang pada paras bahu, yang kelihatan seusia dengannya sedang tersenyum sedari tadi sambil memandangnya. Dia yang mahu menyentuh Nasi Ayam yang di atas meja pun tidak kesampaian, kerana terlalu segan dengan renungan dan senyuman yang pada perkiraan Izzat, adalah sangat merimaskan dirinya. Disebelahnya pula seorang budak lelaki yang memakai penutup kepala sedang sibuk menghabiskan nasi ayam di dalam pinggannya. Sepertinya, budak lelaki tu langsung tak mengendahkan kehadiran Izzat seperti gadis disebelahnya.


"Errr... kenapa Izzat? Tak sedap ke Nasi Ayam yang Kaira masakkan?" soal Pak Ngah yang turut menyedari yang Izzat langsung tidak menyentuh hidangan yang tergeletak di atas meja bulat itu. Izzat tidak menjawab sebaliknya dia sekadar tersengih, sambil menggerakkan sedikit kepalanya ke arah gadis berambut kerinting di hadapannya.


"Ya ALLAH Kaira... kau pandang dia macam tu kenapa... orang nak makan tu!" Pak Ngah menegur, sekaligus membuatkan Kaira ketawa kecil.


"6 tahun tak jumpa dia... dari budak kecik yang comel terus jadi jejaka Melayu terakhir. Tak sangka adik Kaira dah besar panjang..." tutur Kaira membuatkan Izzat terus mengecilkan matanya, merenung tidak percaya. Nada dan gaya Kaira bercakap seolah-olah seperti dia masih lagi anak kecil.


"Sekejap... Kaira geram sangat dengan budak ni!" tutur Kaira lantas bangkit dari tempat duduknya. Budak lelaki disebelahnya menoleh seketika ke arah Kaira sebelum menggeleng. Mungkin benar persepsi pertama Izzat tadi. Dia masih lagi seorang anak kecil pada mata Kaira.


"Haaa dapat pun!" tutur Kaira lalu terus mencubit kedua-dua pipi Izzat. Kali ini, giliran Pak Ngah pula menggeleng.


"Selamat datang ke neraka Menggunung bro. Perkenalkan salah satu makhluk dalam Menggunung yang akan buat hidup kau terseksa!" tutur budak lelaki tadi seraya menghabiskan makanannya. Dia yang berkira-kira mahu bangkit membawa pinggan yang sudah kosong, sekadar mengandungi beberapa tulang ayam yang isinya sudahpun selamat bersemadi dalam perutnya terus mengaduh kesakitan apabila pipinya pula dicubit oleh Kaira.


"Apa benda ni kak? Orang nak pergi basuh pinggan!" teriak budak lelaki tu.


"Jaga mulut tu Ariq. Apa benda ni bagi gambaran buruk kat tetamu? Tu... tu... abang angkat awak. Hormat dia. Jangan dok hasut dia jadi grumpy macam awak!" Kaira sedang bercekak pinggang.


"Okey... whatever," tutur Ariq lalu terus beredar ke dapur.


"Harap kamu tak terasa hati dengan gelagat dua orang anak Pak Ngah," gumam Pak Ngah sambil memerhatikan Kaira mengejar Ariq yang baru sahaja ke dapur.


"Kaira... dia tu agak..."


"Nampak macam keibuan sangat," tutur Izzat mencelah membuatkan Pak Ngah tersenyum.


"Pakcik ni dari dulu sibuk bekerja. Jadi inspektor polis ni memang banyak curi masa pakcik. Mak Ngah kamu tinggalkan Pakcik masa Kaira baru jer berusia 12 tahun, dan budak Ariq tu dalam 7 tahun. Itulah yang membentuk personaliti Kaira yang pakcik kenal hari ni. Dia... dia excited sangat sebab lepas ni bukan Ariq jer yang dia kena jaga, tapi kamu jugak," tutur Pak Ngah.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now