Bab 8: Dosa Besar

4.1K 275 12
                                    

Untuk hari kedua-dua berturut-turut, kawasan perkarangan rumah Izzat menjadi tempat tumpuan. Namun, yang kelihatan hanyalah Emmy yang sekadar memakai T-Shirt hitam berbalut sweater merah dan seluar jeans longgar. Tudung yang disarungkan dikepalanya sekadar bertudung bawal biasa. Pintu rumah Izzat terkuak dan kelihatan Kaira sedang berdiri sambil berpeluk tubuh.


"Assalamulaikum kak," ucap Emmy spontan, menyambut tangan Kaira lalu bersalaman dengannya.


"Mana yang lain?" soal Kaira.


"Tengah tunggu diaorang," balas Emmy.


"Awak tak keluar berdua jer dengan adik akak kan?" soal Kaira lagi.


"Tak... dengan Kamarul, Jiji, Jierah tu semua kak," balas Emmy, jujur.


"Hmmm..." Kaira kelihatan tidak puas hati.


Serentak itu, Izzat muncul dibelakang sambil berpakaian jaket hitam. Ditangannya terdapat sebuah helmet merah manakala kepala Izzat sudah tersarung helmet bewarna hitam. Melihatkan reaksi serba-salah yang sedang terpamer pada wajah Emmy, tahulah Izzat bahawa Emmy baru sahaja menjadi mangsa soal-siasat Kaira.


"Kak Kaira... Pak Ngah panggil..." tutur Izzat.


"Panggil ke mana?"


"Entah!" balas Izzat sambil menunjukkan kunci motor yang berada ditangannya.


"Ayah bagi?"


Izzat mengangguk. Apa lagi, terus Kaira menghilang dari pandangan mereka berdua. Sepertinya, gadis itu mahu mempertikaikan keputusan Pak Ngah yang memberikan Izzat kunci motor tersebut.


"Jiji kata dia sakit perut. Jierah pulak kena tahan dalam rumah sebab dia cilok kereta ayah dia semalam. Kamarul suruh kita gerak dulu sebab katanya dia datang lewat," tutur Izzat.


"Sebab tu awak pinjam kunci motor pakcik awak?" soal Emmy.


"Kalau awak tak nak naik motor dengan saya... tak apa. Saya faham... saya tetap akan..."


"Saya naik dengan awak. Tapi ada lapik beg galas saya ni. Okey?" pintas Emmy sebelum sempat Izzat menghabiskan rapuan dan bebelannya.


"Serius?"


"Saya nak tengok dengan mata kepala saya jirat cina tu!"


"Naiklah" kata Izzat sambil melangkah ke arah sebuah motor jenis Honda EX-5. Dia menghidupkan motor lalu digerakkan ke tempat Emmy berdiri.


"Terima... kasih. Sekejap, saya nak tumpang bahu awak," balas Emmy yang meletakkan tangan kanannya di atas bahu Izzat, yang membantunya untuk memanjat bahagian belakang motor sebelum betul-betul mendapatkan kedudukan yang selesa untuk dia duduk dan meletakkan beg galasnya di antara ruang kosong tubuhnya dan Izzat yang sedang menunggang motorsikal.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now