Bab 13: Tebusan

3.4K 252 6
                                    


Pintu bilik guru terbuka luas. Izzat dan Megat Azizan muncul dalam jersi bola sepak dan seluar pendek mereka, dengan wajah yang bermandi peluh dan mulut yang tercungap-cungap kepenatan. Beberapa orang guru mendongak melihat dua sekawan itu muncul tiba-tiba.

"Ada apa ni Izzat, Megat?" seorang guru lelaki paling dekat dengan pintu masuk itu menegur mereka.

"Cikgu... ada... ada... orang mati!" Megat Azizan tergagap-gagap menerangkan apa yang berlaku.

"Mati? Cikgu tak faham... kalau Puan Maisara..."

"3 orang cikgu! Coach Shahrul, Alvin dengan Muthu!" pintas Izzat.

Keadaan dalam bilik guru yang tenang tadi bertukar kecoh. Bunyi percakapan dan bisikan mula memenuhi bilik guru itu.

"Ini bukan rancangan prank kamu yang tak masuk akal tu kan Izzat?" soal seorang guru perempuan dari jauh.

"Najmi cikgu! Najmi jadi gila! Dia mengamuk sebab tak terpilih dalam team bola sepak!
kata Megat Azizan pula.

"Najmi? Tak mungkin. Dia tu budak baik. Saya guru kelas dia dan dia tak pernah buat masalah pun!" Seorang guru wanita yang duduk di sebuah meja berdekatan dengan tingkap dalam bilik guru itu bersuara.

"Itu nampak macam baik?" soal seorang guru lelaki yang mengintai dari tangkap. Kelihatan Najmi sedang melangkah sambil memeluk leher seseorang dengan lengannya yang dipenuhi darah. Izzat dan Megat Azizan tiba-tiba muncul disebelah guru lelaki itu, mahu melihat pemandangan yang sama seperti dilihat guru lelaki itu.

"Cikgu... yang perempuan tu... macam Adilla jer?" soal Megat Azizan. Guru lelaki disebelahnya mengecilkan mata sebelum mengangguk.

"Najmi ada anak pengetua kat tangan dia!" tutur guru lelaki tersebut kepada rakan guru di dalam bilik guru tersebut.

Tidak lama kemudian, pintu bilik guru itu terbuka apabila ditendang seseorang. Kelihatan Najmi sedang berdiri sambil memeluk leher Adilla yang sedang menangis teresak-esak.

"Najmi... apa benda semua ni?" soal guru lelaki yang menegur Izzat dan Megat Azizan ketika mereka memasuki bilik guru itu.

"Semua orang ke dalam dewan sekarang! Atau aku akan patahkan leher budak perempuan ni!" teriak Najmi seperti orang gila.

"Najmi..." guru kelasnya cuba bersuara.

"Bangkit semua! Aku dah bunuh 3 orang hari ni! Jangan buat ada yang ke-4 hari ni!" teriak Najmi.

"Ikut cakap dia," bisik Izzat kepada Megat Azizan.

Semua yang ada dalam dewan itu bergerak secara berpusu-pusu keluar dari bilik guru, terus menuju ke arah dewan sambil Najmi yang berada dibelakang menjerit-jerit memberikan arahan. Kadangkala, bunyi tangisan Adilla berkumandang, beriringan dengan tengkingan yang terlaung dari anak tekak Najmi.

Apabila pintu dewan dibuka, kelihatan puluhan penghuni SMK Adrujha yang masih belum pulang ke rumah masing-masing pada petang itu, sedang berada di dalamnya dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur. Ada kaum hawa yang sedang menangis manakala kaum lelaki pula sedang merancang untuk hentikan amukan Najmi.

"Ayah..." panggil Adilla apabila kelihatan pengetua SMK Adrujha sedang melutut di atas pentas dewan dengan wajah yang dipenuhi rasa takut.

"Kenapa awak buat macam ni Najmi? Cikgu kenal awak. Awak pelajar cemerlang. Ada potensi untuk SPM tahun ni. Awak tak sepatutnya rosakkan masa depan awak!" Seorang guru yang sedang memasuki kawasan dewan seperti mana yang diarahkan oleh Najmi cuba menasihatinya.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now