Bab 42: Alam Bunian

3.1K 391 39
                                    

Nota Penulis: Wattpad berterusan delete bab 42 tanpa sebab yang kukuh. Ini kali ketiga saya naikkan semula. Mungkin ada bug atau sistem tak berapa baik malam ni. Tolong saya vote dan naikkan komen semula. 

Emmy menghentakkan tapak tangannya pada dinding kayu disebelah Jasmin. Gadis yang sedang memegang anak patung beruang itu tergamam dengan amukan tiba-tiba dari Emmy. Suara amukan dari Emmy yang membentak dari tadi membuatkan dia mula mengalir air mata. Tambahan lagi kepala ayahnya sedang dipegang oleh tangan kiri Emmy.

"Ini... kepala ayah kau! Hantu orang asli tu dah bunuh dia dengan mak kau! Kau? Masih menggigil ketakutan dekat sini?"

"Saya... budak-budak lagi!" tutur Jasmin tergagap-gagap.

"Celaka... umur kau 17 tahun! Budak-budak apanya!" Suara Emmy memetir lagi.

"17 tahun?" soal Jasmin. Pap! Pipinya ditampar oleh Emmy.

"Dengar sini, hapuskan semua ilusi kau. Kau bukan 7 tahun, tapi 17 tahun!"

"17 tahun..." gumam Jasmin.

"Tolong aku... bagitahu aku apa-apa caranya untuk aku kalahkan diaorang. Apa sahaja dalam hutan ni yang sama kuat dengan diaorang!" ucap Emmy.

"Bunian... kami boleh kalahkan mereka. Tapi bukan dalam jumlah sikit macam ni," jelas Jasmin.

"Kau... bunian?" Jasmin mengangguk.

"Tapi macam mana aku boleh nampak kau?" soal Emmy.

"Sebab mak dan ayah kena halau dari kampung kami. Sebabnya, mereka terpedaya dengan... apa yang diaorang panggil ilmu hitam. Orang bunian halau mak dan ayah saya dari kampung diaorang. Dan selepas itu, mereka didekati oleh hantu orang asli tu, mereka kata mereka akan berikan mak dan ayah saya, kelebihan yang tidak ada pada bunian dan orang asli," jelas Jasmin.

"Sebab itu aku tikam banyak kepala ayah kau, dia macam tak ada apa-apa?" soal Emmy.

"Ilmu kebal yang dia dapat, dari pahlawan-pahlawan orang asli yang awak nampak tadi. Hanya diaorang jer yang boleh bunuh dial Tapi pantangnya, dia kena makan daging manusia setiap 10 tahun untuk perbahurui ilmu kebal tu," gumam Jasmin, terus bercerita kepada Emmy.

"Patutlah... Jasmin, kau boleh tunjukkan kat aku macam mana nak masuk ke sana?" soal Emmy.

"Masuk? Alam bunian?" Emmy mengangguk. Kali ini, dia tersenyum. Perwatakkan amuk dan garang yang tampil sebentar tadi pada wajahnya hilang terus.

"Kenapa? Boleh kan?" soal Emmy.

"Tapi..."

"Kau takut kau tak diterima oleh diaorang? Tak apa, kita akan masuk ke sana bukan untuk kau diterima, tapi aku nak merayu kekuatan diaorang!" kata Emmy lalu menangkap pergelengan tangan Jasmin.

"Tunjukkan aku tempatnya. Aku nak selamatkan Izzat!" kata Emmy.

"Ada sungai tak jauh dari sini... biasanya situ tempat orang-orang bunian, terutama para bangsawan akan keluar waktu tengah malam ni dan mandi kat sana... tempat tu salah satu relung yang hanya orang bunian jer boleh buka. Orang biasa nak masuk ke sana, biasanya ketika dia nazak atau dibawa oleh orang bunian sendiri," kata Jasmin ketika Emmy sedang menarik pergelengan tangannya. Namun, langkah mereka berdua terhenti disitu apabila Muwarfa Farid dari belakang tiba-tiba menjerit memanggil nama Emmy.

"Nak ke mana tu? Balik sini semula! Tolonglah..." teriak Muwarfa Farid.

"Abaikan lelaki bodoh tu. Kita kena cepat!" arah Emmy lalu berlari bersama dengan Jasmin.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now