Bab 49: Mati

4.9K 309 144
                                    



Bayangan air dari botol air yang mengandungi bunga-bunga yang menyebarkan bau wangi yang disirami oleh Izzat ke atas pusara yang masih merah tanah itu masih terngiang-ngiang dalam benaknya. Sudah masuk hari ke-3 Ya, tempoh perkenalannya dengan Kaira barulah 4 bulan. Namun, sepanjang 4 bulan itu, betapa sesungguhnya Kaira seumpama menggantikan tempat ibu dan kakak kandungnya yang sudah lama meninggalkannya. Tempat yang disangka tidak akan terisi, telah berjaya diisi oleh Kaira. 4 bulan itu adalah 4 bulan Izzat merasa disayangi oleh saudara sedarah sedaging. Tidak hairanlah, remaja yang sebatang kara sepertinya mula mencipta ikatan yang dia sendiri tidak dapat bayangkan.

Kereta Toyota Avanza yang sedang dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Najirah itu sedang menuju ke salah sebuah resort milik ayahnya bagi menghabiskan cuti mereka. Resort itu pula terletak di lokasi perlancongan terkenal di Menggunung iaitu Menggunung Highland, puncak tertinggi di daerah Menggunung. Di atasnya, berdirinya kawasan peranginan yang saling tak tumpah keindahannya seperti di Cameron Highland dan Bukit Fraser.

"Bapak kau buang tabiat ke siap bagi kita percuma duduk kat resort dia? Lepas tu suruh driver kau hantar kita orang naik puncak Menggunung?" soal Megat Azizan sewaktu mereka mula memasuki perkarangan kawasan peranginan terkenal itu.

"Entah, aku cerita apa yang jadi pada kak Izzat... terus dia offer resort dia untuk kita bercuti, habiskan cuti kita sebelum masuk sekolah balik. Dia kata suasana dekat Menggunung Highland ni boleh hilangkan stress kita!" 

Tengah hari di Menggunung Highland sangat pekat dengan kabus, tidak seperti kebiasaannya. Mungkin kerana hampir semalaman, Menggunung menerima hujan. Kalau ayat dalam cliché novel yang biasa kita baca, kita pasti beranggapan bahawa air hujan yang turun itu adalah untuk menangisi pemergian Kaira.

"Err... Resort ayah awak kat mana ya?" soal Adilla apabila menyedari bahawa kereta Toyota Avanza itu tidak terus memasuki terus ke dalam pekan Menggunung Highland sebaliknya melencong ke arah lain.

"Dalam satu atau dua kilometer dari pekan... memang jauh sikit sebab resort tu berorientasikan alam untuk sesiapa yang nak lari daripada kehidupan bandar," jelas Najirah. Adilla disebelah mengangguk.

"Tak ke jauh kalau kita nak ke pekan, nak lawat atau beli apa-apa?"

"Itulah yang bestnya pasal resort ayah aku. Call jer hotel, kami akan sediakan kereta peribadi untuk bawa setiap penyewa resort kami," jelas Najirah ketika kereta tersebut dipandu oleh pemandu peribadi keluarga kaya raya Najirah itu. Semakin lama, mereka semakin meninggalkan pekan utama Menggunung Highland, mereka mula memasuki jalan kecil yang diapit oleh kawasan hutan tanah tinggi yang dihubungkan dengan jalan besar yang dibina khas untuk setiap kenderaan mendaki kawasan tanah tinggi itu.

"Sini... dah sampai..." kata Najirah sebaik sahaja kereta ayahnya tiba di hadapan dua buah rumah kayu dua tingkat yang sangat luas yang dibina di sebuah cenuram, yang sepanjangnya dibina beberapa buah rumah kayu dua tingkat yang mempunyai seni bina yang sangat cantik. Setiap rumah kayu itu dihubungkan dengan sebuah jambatan yang merentangi ruang kosong dibawahnya. Untuk naik ke setiap rumah kayu, terdapat sebuah tangga.

"Untuk satu malam, kos penginapan dia ialah RM 1000 macam tu. Tapi sebab bapak aku, dia bagi percuma untuk kita dua tiga hari kita kat sini," kata Najirah ketika dia turun dari kereta itu. Sebaik sahaja gadis itu menapak keluar, terus beberapa pekerja resort berkenaan berlari menghampirinya. Mereka menundukkan kepala beberapa kali, sebelum mereka ke bonet belakang, lalu mengeluarkan beberapa buah beg baju yang dibawa oleh Najirah dan sahabatnya yang lain.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now