Bab 29: Gadis Kristal

3.4K 237 19
                                    


Entah kenapa, untuk beberapa hari itu, Megat Azizan tidak dapat mencampakkan langsung Sofea dari benaknya. Wajah gadis separuhnya yang terlindung disebalik rambutnya itu asyik berulang-ulang di tubir matanya, seperti hologram tiga dimensi yang sedang dimainkan dari sebuah mesin yang sangat canggih dari masa depan. Cuma bezanya, hanya dia seorang sahaja yang dapat melihat hologram tersebut. Bayangan Sofea yang sedang kusyuk bercerita tentang peristiwa yang berlaku 500 tahun yang lalu itu meninggalkan kesan dalam jiwanya.

Apa yang berlaku ketika Pertempuran Menggunung, tiada siapa yang tahu kesahihannya. Benarkah bahawa terdapat keluarga bangsawan dari Kesultanan Melaka yang merupakan keturunan vampira sehingga membangkitkan perasaan orang asli tempatan masih lagi bersifat kisah mulut yang disebarkan dari nenek moyang ke anak cucu mereka.

Namun, Megat Azizan tahu bahawa realiti bakal terganggu sekali lagi, kerana laman web yang menaikkan artikel tentang tapak Kem Motivasi Rentap di kaki banjaran Rajawali itu tidak pernah gagal dalam menanam sesuatu yang bersifat mitos atau tidak wujud ke dalam realiti. Mangsa realiti yang sedang huru-hara yang terbaru ialah barangkali ialah Sofea, seorang gadis pemalu dan anti-sosial yang sejak tragedi kebakaran yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya bertukar menjadi seorang penyendiri.

"Kau tahu tak kenapa aku suruh Adilla renung mata Cikgu Aliff tajam-tajam?" Kamarul masih belum mampu move-on daripada kejayaan strateginya menundukkan Tok Anjang dan juga cikgu sebuas nafsunya seperti Cikgu Aliff. Emmy yang satu-satunya yang masih setia mendengar bebelan Kamarul menggeleng.

"Sebab dalam buku Kitab Alam Mistik sebut yang nak reverse kan kesan ilmu hitam adalah kena sebut nama gadis-gadis yang dia jadikan mangsa. Nak bawa cermin dalam situasi macam tu, akan kantoi. Lepas tu aku terfikir yang mata Adilla memang sangat-sangat cantik. Pupil dia kalau kau tatap dengan teliti, kau akan lihat pantulan wajah kau. Masa tu aku suruh Adilla gunakan mata dia. Biar Cikgu Aliff nampak pantulan diri dia balik mata Adilla," terang Kamarul begitu bersemangat. Izzat yang menyertai dari jauh sambil membawa pinggan nasi lemak yang berlaukkan sotong dan telur mata kerbau itu menyertai mereka.

"Aku tak sedar yang mata Adilla cantik..." gumam Izzat yang jelasnya dia mendengar suara Kamarul yang begitu kuat bercerita ketika dia sedang menghampiri meja makan itu.

"Weyh Kamarul... perlahankan sikit suara kau tu. Aku boleh dengar dari kaunter," tegur Izzat.

"Oh, kuat sangat ke?" soal Kamarul sambil tersengih sendirian. Ketika sedang Izzat kusyuk menghabiskan makanannya, Adilla dan Najirah menyertai mereka membawa makanan masing-masing. Adilla masih setia dengan mee gorengnya manakala Najirah pula dengan dua keping roti kosong banjir. Namun, ketika Adilla mahu berkira-kira menyuap mee goreng ke dalam mulutnya, penggerakan tangannya kaku sebentar diudara.

"Kau dah kenapa? Pandang aku lain macam?" soal Adilla.

"Oh... maaf. Aku baru sedar hari ini yang mata kau memang cantik sangat," balas Izzat jujur membuatkan wajah Adilla terus merona merah. Dia tertunduk seketika, tidak menyangka langsung akan menerima pujian daripada Izzat. Emmy yang sedang kusyuk mendengar cerita Kamarul menoleh sebentar ke arah Izzat dan Adilla. Kamarul turut terhenti bercerita, menyedari babak pujian spontan Izzat itu telah membuatkan Emmy terlari fokusnya. Ada riak cemburu terukir di wajah Emmy.

"Maaf, aku kena pergi. Ada hal nak jumpa Cikgu Leong," tutur Emmy. Lantas, senyuman terukir pula di wajah Kamarul, seolah-olah seperti terlukis perasaan yang mengambarkan "aku dah agak!"

"Emmy, awak okey ke?" soal Adilla sambil menyentuh lembut tapak tangan Emmy.

"Aku okey. Tak apa," kata Emmy sambil terrsenyum sebelum menarik tangannya daripada disentuh oleh Adilla. Untuk seketika, Adilla saling berkongsi pandangan dengan rakan-rakannya sebelum Najirah tiba-tiba bersuara, mahu menghalau suasana kekok yang baru sahaja tercetus antara mereka.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now