Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang

5.7K 253 34
                                    



Tandas di tingkat 2 Block A SMK Adrujha menjadi markas operasi utama untuk dua gadis itu. Mungkin kerana ia lokasi tandas wanita paling bersih di SMK Adrujha, ia menjadi pilihan mereka. Tiada tahi yang bersepah tidak ditarik di mangkuk jamban, atau air kencing bersepah yang menyebarkan bau hancing. Yang lebih penting, tandas tersebut tidak ada penampakkan tuala wanita yang masih lagi basah, yang dibuang oleh mereka yang pengotor dan pemalas. Kamarul cukup pantang dengan tuala wanita yang tidak dicuci itu. Boleh jadi makanan makhluk halus katanya.

Tanpa gangguan itu, ia lebih membantu Najirah yang sedang sibuk memastikan wajah Adilla tersolek indah, lebih indah daripada pagi tadi. Sempat lagi Najirah menyembur seluruh tubuh Adilla dengan minyak wangi berjenama yang Najirah ambil tanpa kebenaran daripada ibunya.

"Aku... aku cukup cantik kan?" soal Adilla sambil sedang berdiri menghadap cermin di hadapannya.

"Tersangat-sangat cantik! Aku rasa kalau kau keluar dari tandas ni, budak-budak lelaki tu tentu berdarah hidung dibuatnya!" ucap Najirah. Adilla tergelak kecil mendengarkan pujian daripada sahabatnya.

"Kau pandai bersolek..." puji Adilla.

"Terima... kasih," ucap Najirah.

"Tapi kenapa kau tak bersolek untuk muka kau? Aku yakin Jie... kalau kau solek muka macam kau solek muka aku, si Jiji tu akan suka kau. Bukan Jiji jer, aku rasa Izzat pun akan pandang kau!" kata Adilla lagi.

"Tak... aku tak nak ikut apa yang ayah aku nak kat aku," kata Najirah menggeleng.

"Ayah kau?" soal Adilla.

"Dia nak aku jadi puteri dalam keluarga. Aku satu-satunya anak perempuan dia berbanding semua adik beradik lelaki. Dia nak aku jadi macam anak perempuan orang kaya yang lain. Aku... aku tak dapat terima semua tu. Tak kena dengan jiwa aku!" luah Najirah.

"Ayah kau buat apa sampai kau berdendam sangat dengan dia?" soal Adilla.

"Kau tak kenal dia macam aku kenal dia," gumam Najirah.

"Jadi... kau nak hancurkan diri kau dengan harapan, dia akan terasa sakit dengan apa yang berlaku pada kau? Jierah... jangan..."

"Woii! Buat apa lagi dalam tu. Cepatlah keluar!" laung Megat Azizan dari luar tandas.

"Lepas kita selesaikan Cikgu Aliff... boleh kita dua cakap pasal benda ni?" kata Adilla lagi.

"Aku akan fikirkan..." balas Najirah sebelum mereka berdua melangkah keluar dari tandas itu. Kelihatan Izzat, Megat Azizan dan Kamarul yang sedang kusyuk berbual antara mereka terus menoleh ke arah muka tandas. Megat Azizan hampir sahaja tumbang namun sempat ditangkap lengannya oleh Izzat. Kamarul hilang kata-kata manakala Izzat spontan memuji "cantik."

"Terima kasih tau Jierah..." bisik Adilla.

"Bilik Cikgu Aliff kat atas jer. Dah bersedia?" soal Izzat. Adilla mengangguk lalu melangkah sendirian, menaiki tangga yang berjiran dengan tandas wanita. Sempat lagi dia menoleh ke arah rakan-rakannya yang lain yang sedang berkumpul di hadapan tandas, melontarkan renungan yang mengandungi seribu pengharapan. Untuk sehari suntuk, Adilla harus memainkan peranan sebagai seorang perempuan penggoda, meski dia adalah seorang gadis yang mempunyai perwatakkan 360 darjah berbeza dengan lakonannya sekarang.

Tapi demi nyawa seorang gadis yang bernama Emmy, yang disangka telah mati oleh seluruh penghuni Menggunung, maka dia tetap gagahkan dirinya. Meski dia tidak rapat dengan Emmy, tetapi rakan-rakan barunya yang lain telah menjalankan persahabatan yang sama kukuh seperti persahabatan yang terjalin antara dirinya bersama dengan yang lain. Dia tidak sanggup melihat sahabat barunya disapa oleh rasa kesedihan dan kehilangan seandainya dia memilih jalan yang lebih pengecut. Tetapi dia ialah bakal pemimpin, atau itulah cita-citanya. Salah satu ciri-ciri seorang pemimpin ialah sebuah keberanian.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now