Bab 32: Vampira

3.3K 264 22
                                    



Latar sekali lagi bertukar. Kini, Megat Azizan sedang berdiri hadapan sebuah rumah kayu yang agak luas dengan ukiran-ukiran yang penuh dengan corak flora dan fauna. Bumbungnya pula selain beratapkan timah, terdapat juga bentuk pahatan yang selalu dilihat pada setiap rumah Melayu tradisional. Untuk seketika, Megat Azizan melihat sekitarnya. Dia tidak keseorangan disitu. Ada seorang lelaki yang seiras wajahnya dengan Datuk Nasir Jailani, ayahnya Najirah di masa hadapan yang kini lengkap berbusana Melayu lama sedang berdiri dengan tanjak yang dilipat kemas dengan falsafahnya tersendiri.

"Rumah ini... aku binakan untuk salah seorang anak perempuan aku. Aku panggilkan tukang kayu terbaik dari seluruh Tanah Melayu, hanya untuk anak dara aku," tutur Datuk Nasir Jalaini penuh rasa bangga.

"Naji...rah?" soal Megat Azizan.

"Siapa lagi. Anak perempuan kesayangan aku itulah. Biar dia jadi contoh untuk anak-anak gadisku yang lain. Dia sudahpun dilamar oleh bangsawan Kedah yang kebetulan singgah ke kampung kita ini," tutur Megat Azizan.

"Terima kasih kepada kau Megat Teruna. Tanpa kau, aku tak mungkin dapat bangunkan kampung ini selepas tragedi Melaka 3 tahun yang lepas. Aku janji, aku akan pastikan kampung kita bertukar menjadi pekan, lalu akhirnya menjadi sebuah kota! Aku akan kotakan janji aku pada ayah kau sewaktu perang dulu. Bawakan pengikut-pengikutnya termasuklah kau sekali. Besarkan kau seperti anak aku sendiri," tuturnya lelaki itu.

"Orang Kaya Perkasa... Orang Kaya Perkasa... Najirah... Najirah... dia hilang daripada rumah orang kaya!" teriak satu suara yang datang dari belakang. Megat Azizan menoleh ke belakang dan kelihatan seorang lelaki berlari dalam keadaan tercungap-cungap cuba menyampaikan khabar berita itu. Terus riak wajah Orang Kaya Perkasa berubah.

"Kau bukan main-main?"

Lelaki yang mungkin utusan yang dikirimkan itu menggeleng.

Terus mata Orang Kaya Perkasa melekat pada kereta kuda yang sedang berdiri tidak jauh dari lokasi rumah kayu yang kelihatan mewah, sekurang-kurangnya untuk waktu seperti itu.

"Pak Maun, cepat bawa aku dan Megat Teruna ke rumah aku!" arah Orang Kaya Perkasa.

"Megat Teruna, kau tahu apa sebenarnya sedang terjadi pada Najirah yang aku tidak tahu?"

Megat Azizan sekadar menggeleng.

"Petang ini rombongan bangsawan dari Kedah mahu melihat anak dara aku itu. Tetapi pada waktu seperti ini juga dia buat hal," gerutu Orang Kaya Perkasa sendirian ketika kereta kuda itu terus bergerak meredah jalan penarikan yang sudah sedia membawanya dari kawasan rumah mewah tadi ke sebuah lagi rumah kayu yang kelihatan lebih mewah dan luas daripada sebelumnya. Lokasinya pun tidaklah jauh dari rumah yang dijangka milik Orang Kaya Perkasa itu.

Sebaik sahaja kereta kuda itu sampai dihadapan rumah kayu itu, terus Orang Kaya Perkasa melangkah keluar dengan perasaan marah yang meluap-luap. Dia memanjat tangga kayu lalu menolak pintu rumahnya. Megat Azizan sekadar mengekori dari belakang sebelum dia terpaku apabila melihat isteri Orang Kaya Perkasa sedang menangis teresak-esak sambil ditemankan oleh beberapa orang anak gadisnya. Salah seorang yang sedang menenangkan wanita pertengahan usia itu ialah seorang gadis yang...

"Sofea?" gumam Megat Azizan tidak percaya.

"Surat ni bang..." gumam wanita itu sambil menyerahkan sekeping surat kepada Orang Kaya Perkasa. Surat itu dicapai oleh Orang Kaya Perkasa dengan jari-jemari yang menggigil. Dia membaca dengan mata yang berpinar kemarahan sebelum menoleh ke arah Megat Azizan yang masih lagi tercegat di hadapan muka pintu.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now