Bab 36: Hantu Kabus

3.1K 243 17
                                    


Megat Azizan menunduk, meneliti kesan tapak kasut dan tali yang sepatutnya bersambung antara pokok dan pokok yang tumbuh menyombong menuju ke arah langit terbuka yang kini sedang dihuni oleh kegelapan malam. Kemudian, dia menoleh ke arah Sofea dan Najierah yang sedang berpegang tangan di belakangnya, sebelum dia kembali berdiri.

"Saiz tapak kasut ni saiz tapak kasut Izzat..." tutur Megat Azizan laksana seorang detektif.

"Kenapa kita berhenti?" soal Najirah, penuh kerisauan.

"Sini... nampak tak kesan heretan ni?" soal Megat Azizan sambil menghalakan lampu suluhnya ke arah kesan heretan panjang. Najirah mengangguk.

"Nampak macam ada pergelutan kat sini," kata Megat Azizan.

"Jadi?" soal Najirah dengan kedua-dua keningnya, kurang senang dengan lagak yang dipamerkan oleh Megat Azizan.

"Kita ikut kesan heretan ni. Aku rasa tak sedap hati. Ada benda berlaku kat dalam hutan ni," kata Megat Azizan.

"Kau gila ke? Bukan ke abang Farid suruh kita ikut tali tu..."

"Tapi tali tu putus Jierah," pintas Megat Azizan, tenang.

"Tak kisah... aku yakin kat depan sana ada tali lain!"

"Kita tak akan dapat keluar sampailah Subuh. Selagi malam ni tak lepas, selagi tak dengar azan Subuh, kita akan terperangkap kat dalam ni!" tutur Sofea tiba-tiba. Dia yang sedari bermulanya aktiviti Night Walk itu memilih untuk berdiam diri sahaja, tiba-tiba bersuara.

"Keturunan 4 Pengasas Menggunung?" soal Megat Azizan.

"Itulah yang diceritakan oleh survivor-survivor yang berjaya keluar dari perangkap yang dipasang setiap 50 tahun ni!" sambung Sofea.

"Mana... kau tahu... semua ni?" soal Najirah.

"Dalam buku sejarah Menggunung ada cerita semua ni. Tunggu kita nak baca atau tidak jer," balas Sofea. Untuk seketika, Najirah mula melepaskan pegangan tangannya, merenung wajah Sofea yang terlindung dek sebahagian rambut lurusnya itu sebelum menoleh ke arah Megat Azizan.

"Nak buat apa sekarang?" soal Najirah.

"Ikut jejak heretan ni..."

"Tunggu!" panggil Sofea tiba-tiba ketika Megat Azizan dan Najirah sudah melangkah beberapa langkah di hadapannya.

"Saya jumpa benda ni... kat sana tadi," kata Sofea sambil menunjukkan sesuatu yang berbentuk seperti rantai emas. Megat Azizan menghampiri Sofea, mengambil rantai itu daripada tangan Sofea. Dia meneliti rantai tersebut dan kemudian, dia mendongak memandang Najirah.

"Tolong sahkan ini rantai Emmy atau tidak," kata Megat Azizan. Rantai itu bertukar tapak tangan lagi. Najirah mengambilnya daripada Megat Azizan sebelum mengangguk dengan riak wajah yang ketakutan.

"Saiz tapak kasut yang sama dengan Izzat... rantai milik Emmy... kau rasa yang diaorang dua kena..."

Najirah menggeleng pantas.

"Izzat tu keturunan pengasas Menggunung," tutur Sofea.

"Adilla mungkin ada dengan diaorang. Sebab Emmy dilepaskan dengan Adilla. Aku takut yang..."

"Jangan doa!" pintas Najirah. Dia kemudian mencapai beberapa batang kayu yang terdampar di atas lantai.

"Cepat! Kita kena selamatkan kawan-kawan kita! Dan aku tak akan benarkan sesuatu terjadi pada Emmy untuk kali kedua!" Najirah melafaskan ikrarnya, sebelum menjadi orang pertama yang melangkah meninggalkan Megat Azizan dan Sofea di belakang. Ketika Megat Azizan dan Sofea mengerkori langkah Najirah yang lebih laju, langkah Sofea tiba-tiba terhenti. Megat Azizan di sebelahnya turut mati langkah kaki.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now