PROLOG

217K 6.1K 174
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

LEPASKAN mama papa aku!”  Kanak-kanak lelaki yang sedang diikat pada sebuah kerusi kayu itu menjerit kuat.  Kedua tangan dan kakinya sudah diikat, membuatkan pergerakannya terbatas.   Matanya turut ditutup dengan kain hitam, sekaligus menghalangnya daripada menyaksikan apa yang telah berlaku di rumah keluarganya itu. 

“Hei, pekak ke?  Lepaskan mama papa aku!”  Sekali lagi dia menjerit, namun jeritannya itu langsung tidak dihiraukan.  Yang didengari oleh telinganya ketika itu adalah suara jeritan orang tuanya.  Dia tahu orang tuanya itu mungkin sedang diseksa, memandangkan yang datang ke rumah keluarganya itu bukanlah orang biasa.  Mereka kelihatan seperti gengster.

“Andri!  Where are you?”

I'm here!” Kedengaran satu suara kecil menyahut. 

Kanak-kanak yang duduk di atas kerusi itu menghela nafas lega sebaik mendengar suara adiknya.  Tahulah dia bahawa adiknya itu masih hidup. 

Bang!  Bang!

Bunyi tembakan yang tiba-tiba itu membuat dia tersentak.  Dadanya sudah berdebar hebat. 
“Mama!  Papa!” Dia memanggil kedua orang tuanya, namun senyap.  Tiada sahutan.  Bahkan suara jeritan mama dan papanya juga tidak lagi kedengaran. 

Hey!  Let me go!” Tubuhnya digoyang kuat.  Dia cuba meloloskan diri daripada ikatan di badannya itu.  Namun cubaannya itu sia-sia.

“Lepaskan budak tu.”  Suara garau seseorang kedengaran memberi arahan. 

Kanak-kanak di atas kerusi itu mula diam.  Tahulah dia bahawa ikatan pada tubuhnya itu akan dileraikan.  Sebaik sahaja ikatan itu terlerai, dia terus mencabut kain hitam yang menutup matanya.  Bebola mata melilau melihat sekeliling sehinggalah pandangannya tertumpu pada satu arah.  

“Mama!  Papa!” Kaki kecilnya terus berlari mendapatkan dua susuk tubuh yang sudah pun terbaring kaku di atas lantai mozek itu.  Darah merah mengalir begitu banyak, membasahi lantai.  

“Mama!  Papa!” Tubuh orang tuanya itu digoncang kuat.  Namun kaku.  Tiada tindak balas daripada kedua insan itu.  Kepalanya didongak sedikit.  Wajah lelaki berusia lingkungan 40-an yang sedang berdiri di muka pintu rumah itu dipandang tajam. 

“Kenapa kau bunuh mama papa aku?”

“Hei budak, orang tua kau buat masalah dengan aku.  Kau bernasib baik sebab kau tak jadi mangsa.  Tetapi ingat, jika kau bagitahu orang lain tentang hal ni, aku akan bunuh kau.  Faham?” tegas lelaki bersut hitam itu.  Dia hanya berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh.

“Dasar iblis!”

Lelaki itu tersenyum sinis.  Langsung tidak terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan kepadanya itu.   “See your parents in hell,” ujarnya sinis dan terus melangkah keluar dari rumah itu.  Beberapa orang lelaki berpakaian hitam mengekorinya daripada belakang.

Sebaik kelibat lelaki itu hilang daripada pandangan, dia kembali memandang ke arah jasad orang tuanya yang sudah tidak bernyawa itu. 

“Mama...  papa...” Tubuh kaku itu dipeluknya erat.  Hiba hatinya melihat keadaan orang tuanya begitu.  Apa salah mama dan papanya sehingga diperlakukan sebegitu sekali?  Cecair jernih yang tadinya hanya bertakung di tubir mata mula mengalir ke pipi. 

“Andi..”

Kanak-kanak yang sedang menangis itu mengangkat wajah.  Adik lelakinya yang berdiri tidak jauh darinya itu direnung sayu.  “Come...” panggilnya lembut.  Apabila si adik berdiri benar-benar di hadapannya, tubuh kecil itu terus dipeluknya. 

“Mama papa dah tak ada,” ujarnya lirih.

“Pergi mana?”

Kepala digeleng sebagai jawapan. Air mata yang masih mengalir itu dibiarkan.  Pelukan di tubuh adiknya dieratkan.  Matanya dipejam rapat.  Dendam mula berputik di hati. Setiap titisan darah yang mengalir daripada tubuh orang tuanya itu akan dibalas semula.

Dia tekad! 

Dendam tetap dendam!

Nyawa perlu dibalas nyawa! 

Darah perlu dibalas darah!

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now