BAB 2

94.3K 4.6K 554
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

SEMUA pekerja yang berada di dalam bangunan itu tercengang apabila melihat salah seorang daripada orang atasan syarikat itu masuk sambil menggendong seorang bayi.   Ada yang mula berbisik sesama sendiri. 

Andi yang sedar akan perkara itu menghentikan langkahnya buat seketika.  Kepalanya menoleh ke arah Andri yang sedang menggendong Elsa.  Selepas itu, dipandang pula Clark yang sedang membawa sebuah beg sederhana besar yang berisi segala barang keperluan peribadi Elsa.  Kemudian beralih kepada Adam yang sedang membawa katil bayi.  Akhir sekali, matanya memandang ke arah pekerja-pekerja yang masih tercengang di ruang lobi itu.  Keningnya terjongket sedikit.

What are you looking at?  Wanna die?” soal Andi, mendatar. Suaranya yang garau itu mampu sampai ke gegendang telinga setiap manusia yang berada di situ.

Kalut kesemua pekerja meninggalkan ruang lobi itu apabila bos besar mereka bersuara. Masing-masing mula menyambung kerja.

Andi mendengus kecil. Dia meneruskan langkah menuju ke lif yang tertera dengan perkataan 'FOR CEO AND FRIENDS'.  Lif yang serba canggih dan mewah.  Tidak perlu menekan butang seperti kebanyakan lif.  Dia hanya perlu berdiri di hadapan sebuah mesin pengimbas di tepi pintu, pintu lif automatik terbuka.  Andi masuk terlebih dahulu ke dalam perut lif, diikuti oleh Andri, Clark dan Adam.  Butang 10 ditekan. 

Sementara menunggu lif sampai di aras yang ditetapkan, Andi sempat mengerling ke arah Andri.  Adiknya itu seronok sahaja bermain bersama Elsa.  Pandangan tertumpu pula pada wajah comel Elsa. 

Andri yang perasan akan pandangan daripada abangnya itu tersenyum tipis. Kening dijongket sebelah.  “Nak dukung?” Sengaja dia menyoal sebegitu.  Walhal dia tahu apa jawapan yang akan diberikan oleh abangnya.

Andi membuat wajah menyampah.  “Bazir tenaga aku je dukung budak ni,” balasnya dingin.  Mata memandang ke arah pintu lif yang tertutup rapat itu. 

Andri menjongket bahunya.  Dia kembali bermain bersama Elsa.  Clark dan Adam turut melakukan hal yang sama. 

Ting!

Bunyi ringkas itu menandakan bahawa lif yang membawa mereka sudah tiba di aras yang ditetapkan.  Andi menonong keluar dari lif.  Andri mengikut langkah abangnya.  Begitu juga Clark dan Adam.  Seperti di ruang lobi, semua pekerja di tingkat 10 itu turut tercengang apabila melihat bayi yang dikendong oleh Andri. 

Do your job!”  Secara tiba-tiba Andi menengking.  Matanya mencerlung tajam memandang ke arah setiap pekerja di ruang itu.  Tidak begitu ramai.  Hanya yang berkedudukan tinggi sahaja yang tinggal di aras 10 itu. 

Terkocoh-kocoh pekerja di situ kembali ke tempat asal mereka. Semua takut dengan angin bos mereka pagi itu. 

Andi hela nafas kasar.  Menuju ke bilik pejabatnya, pintu kayu berwarna coklat gelap itu dibuka. Dia terus menapak ke meja kerjanya.  Punggung dihempas ke atas kerusi.

“Katil ni nak letak mana?” Adam yang baru mengambil tempat di sebuah sofa menyoal.

“Letak jelah mana-mana.  Bilik ni bukan kecik sangat pun.  Tak pun letak je dekat bilik Andri.”  Selamba Andi berkata.

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now