BAB 11

83.5K 4.1K 282
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

SYA!  Jom lunch!”

Nasya yang sedang menukar pampers Elsa berpaling ke arah pintu.  “Eh awak!  Kejap, saya tengah tukar pampers Elsa.  Dia berak tadi,” ujarnya.  Tangan lincah menguruskan Elsa yang sedang berbaring di atas toto.  Selesai menyiapkan Elsa, Nasya bangun.  Botol susu Elsa dicapai, berserta dengan beg tangannya.  Kaki laju melangkah ke arah pintu. 

“Dah?”

Nasya mengangguk memberi jawapan kepada soalan Andri itu. 

“Sini I dukung Elsa.” Andri terus mengambil Elsa daripada dukungan Nasya. Dia melangkah mendahului Nasya.

Nasya hanya mengikut daripada belakang.  Ketika mereka masuk ke dalam lif, hanya Adam sahaja yang berada di dalamnya. 

“Clark mana?” soal Nasya apabila kelibat lelaki itu tiada. 

“Dia ada kerja luar,” jawab Adam.

Nasya mengangguk kecil. Suasana di dalam lif itu sepi.  Andri sibuk bermain bersama Elsa, manakala Adam sibuk dengan telefon bimbitnya.  Nasya terkontang-kanting sendiri.  Matanya memandang ke arah skrin kecil di atas pintu lif. Bosan berkeadaan sebegitu, beg tangannya diseluk.  Nasya mengeluarkan telefon bimbit.  Butang kecil di bahagian tepi telefon ditekan.  Skrin yang tadinya gelap mula bercahaya.  Dahinya berkerut sedikit apabila melihat di bahagian bar notifikasi.  Satu mesej pesanan ringkat diterimanya. Daripada nombor yang tidak dikenali.

-Bersedia untuk menjadi alat dalam permainan ni.

Nasya menjongket keningnya.  Alat? Permainan? Dah buang tebiat ke apa si pengirim mesej ni.  Malas mahu kisah, Nasya terus aktifkan mobile data.  Aplikasi WhatsApp dibuka terlebih dahulu untuk melihat chats yang masuk.

50 chats baru diterimanya.  Nasya membuka satu demi satu chat tersebut.  30 daripada group universiti.  15 daripada group family.  5 daripada...

Nasya memerhati nombor tersebut. Siapa pula yang menghantar chats kepadanya? 

- Woi!
- Aku nak pesan ni.
- Kalau pergi mana-mana pastikan ada orang teman.
- Jangan keluar sorang.  Bahaya.
- Faham?!

Nasya renung skrin telefon seperti mahu tembus. Elok betul bahasa daripada pengirim chat itu. Berwoi-woi je.

Hey girl, tak nak keluar ke?”

Soalan daripada seseorang menyentakkan Nasya.   Memandang ke hadapan, dilihatnya Adam dan Andri sudah berdiri di luar lif.  Hanya tinggal dia seorang saja di dalam lif itu.  Nasya termalu sendiri.  Telefon bimbit disimpan semula ke dalam beg tangan.  Kemudian, barulah dia keluar daripada perut lif. 

Sorry...” Nasya tersengih malu.

Andri berdehem perlahan. Mereka bertiga terus melangkah ke pintu utama bangunan itu. 

“You naik Adam ya.  Kereta I ada duat seat je.  Satu dah letak baby carseat untuk Elsa,” ujar Andri sebaik mereka keluar dari bangunan itu.

“Okay.” Nasya akur.  Dia hanya melihat Andri masuk ke dalam perut kereta. 

Sebaik kereta milik lelaki itu bergerak meninggalkan pekarangan bangunan itu, sebuah kereta lain pula berhenti di hadapan pintu utama.

“Jom.”

Nasya angguk.  Pintu bahagian penumpang dibuka lalu dia masuk ke dalam perut kereta.  Untungnya jadi bos-bos ni, tidak perlu bersusah payah pergi ke tempat parkir.  Tidak perlu berjalan jauh-jauh.  Kereta dihantar terus kepada mereka. 

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now