BAB 15

88.2K 4.4K 482
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

NASYA bernyanyi kecil sambil tangannya lincah membuat kerja di dapur. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Capai itu, capai ini.  Pagi itu, dia bangun awal.  Yalah, di rumah orang.  Buat malu sahaja jika bangun lewat.

“Cuaca rasa mendung pula pagi ni. Nak hujan ke?”

Suara garau itu membuatkan kepala Nasya tertoleh sedikit.  Matanya mengecil memandang lelaki yang sedang berdiri di pintu masuk dapur itu.  “Jeles ler tu sebab suara dia tak sedap,” balasnya menyindir.

“Eh, suara I paling sedap dan merdu tau. Kalah artis.” Andri tidak mahu kalah. Kakinya melangkah masuk ke dalam dapur.  Lobak merah yang sudah dipotong dadu itu diambil lalu disuap ke dalam mulut. 

“Ceh, perasan betul,” balas Nasya.  Kuali diletakkan di atas dapur elektronik itu. 

“Bukan perasan. Fakta okay,” bidas Andri.

“Auta lebih. Muka awak tu, muka penipu.” Selamba Nasya berkata.

Andri memandang tajam ke arah Nasya. Ambil sedikit lobak, lalu dicampak ke arah Nasya yang sedang menumis bawang. 

“Hei!  Apa ni?”

“Pastikan you masak sedap.  Kalau tak, I sendiri yang akan masak you dalam kuali tu.  Cau sistur!” Dengan wajah tidak bersalah, Andri keluar dari dapur.

Mengecil mata Nasya melihat susuk tubuh Andri yang sudah semakin hilang daripada pandangannya.  “Urgh!  Trouble maker!” herdiknya. 

Dia melangkah ke penjuru dapur.  Penyapu berserta penyodok sampah diambil.   Lobak yang bertaburan di atas lantai itu disapu bersih.  Setelah itu, dia menyambung semula kerjanya yang terganggu kerana Andri tadi.

“Apa kecoh-kecoh tadi?”

Nasya menoleh ke arah gerangan yang menyoal. “Encik...  Adik encik tu kacau saya buat kerja kat dapur ni,” jelasnya.

“Kau buat apa ni?” Andi menjengah ke dalam kuali.

“Err masaklah.  Tak boleh ke?”

“Kan ada maid, buat apa sibuk nak masak,” ujar Andi lalu mengambil tempat di atas sebuah kerusi yang terletak berhadapan dengan kabinet dapur itu.

“Saja.  Saya bosan.”

Andi diam memerhati.  Laju sahaja tangan gadis itu melakukan kerja dapur.  Nampak sangat sudah biasa. Di situ sudah nampak bezanya Nasya dan bekas isterinya. Bekas isterinya, jejak kaki ke dapur pun malas. Pandai order makanan je. 

“Err, encik nak air ke? Saya boleh ambilkan.” Nasya menyoal apabila tiada tanda Andi mahu beredar. Dia pula rasa kekok diperhati.

“Elsa mana?”

“Ada kat bilik. Tadi saya dah bagi dia minum susu.  Tapi belum mandi, sebab awal sangat.  Nanti dia sejuk.  Sekejap lagi saya mandikan dia,” jelas Nasya.

Andi angguk kecil.  Tidak berkata apa, dia turun daripada kerusi yang menjadi tempat duduknya tadi lalu keluar dari dapur. 

Nasya hanya melihat lelaki itu pergi. Hilang kelibatnya, Nasya sambung kerja. Hampir 15 minit, barulah segalanya selesai. Dia terus menghidangkan makanan yang dimasaknya itu di atas meja makan. 

“Eh, Nasya buat apa ni?” Puan Maryam yang baru turun terus menuju ke meja makan. 

Auntie…  tak adalah, yang ringkas je.  Err, makanlah.  Saya nak naik atas, nak siapkan Elsa.” Tanpa menunggu balasan Puan Maryam, Nasya terus meninggalkan ruang makan dan naik ke tingkat atas.  Bilik yang menjadi tempat tidurnya semalam dituju.  Apabila pintu bilik ditolak, Nasya terpaku untuk beberapa saat.  Susuk tubuh lelaki yang sedang duduk di birai katil itu dipandang tidak berkelip. 

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now