BAB 14

81.5K 4.2K 191
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

NASYA termenung di atas katil biliknya itu.  Kipas siling yang berpusing di atasnya itu direnung bagai mahu tembus.  Otaknya masih memikirkan apa yang dikatakan oleh Andri kepadanya petang tadi.  Lelaki itu sudah menceritakan segalanya kepadanya. 

“Apa perasaan you bila parents you terbunuh dengan sekelip mata?  Dan pada usia you yang masih tak kenal dunia.  It's hurt, Sya.  I dengan Andi terpaksa lalui semua tu.  Kerana bisnes, parents kami dibunuh.  Diorang tak salah.  Rezeki memihak kepada diorang, tetapi disebabkan hasad dengki, dendam, cemburu, nyawa diorang melayang.  I baru lima tahun, Andi tujuh tahun.  Apa yang kami boleh buat pada usia sementah tu?  Nothing.  I dengan Andi hanya mampu tengok dan peluk mayat parents kitorang yang dah tak bernyawa.  Andi kekuatan I.  Dia selalu ada dengan I.”

Nasya tergamam apabila mendengar cerita daripada Andri itu.   Begitu terseksa hidup lelaki itu.  Menjadi yatim piatu ketika usia masih mentah.  Berbeza dengannya.  Dia kehilangan ibu bapa ketika umurnya sudah dewasa, sudah pandai meneruskan hidup sendiri. 

“Awak muslim ke?” soal Nasya.

“Asalnya tidak.  I dengan Andi dilahirkan dalam keluarga yang bukan muslim.  Tapi uncle I kahwin dengan Malay woman, dan dia masuk Islam.  Jadi I dengan Andi ikut dia.  Sebab dia uncle kitorang.”

“Pandai cakap melayu daripada kecil?”

“Ya.  Mesti you susah nak percayakan?  Kami tinggal di Malaysia sejak kecil.  Mama papa kami ada buka syarikat di Malaysia.  Sebab tu kami pandai cakap melayu.  Selepas parents kami dikebumikan, uncle kitorang datang untuk jaga kitorang.  Uncle sanggup datang dari Perancis ke Malaysia.  Tu yang dapat jodoh orang Malaysia.”

“Warganegara?”

“Nope.  Kami lahir di sini, Perancis.  Cuma selepas mama papa buka syarikat kat sana, kami ikut pergi sana.  Kami warganegara sini.”

“Adam dan Clark?  Macam mana jumpa diorang kalau awak kata awak stay Malaysia?”

“Selepas uncle kahwin dengan auntie, dia bawa kami pindah ke Perancis.  Dan pada masa tu, I dengan Andi minta untuk dihantar ke kelas menembak dan kelas pertahankan diri.”

“Dan uncle awak izinkan?” soal Nasya hairan.

Andri mengangguk perlahan.  “Kami anak saudara kesayangan dia.  Dan dia hanya ikut apa yang kitorang nak.  Dan kat situ, I dengan Andi berjumpa dengan Adam dan Clark.  Dan kitorang menjadi sahabat baik sampai sekarang.”

“Diorang muslim?”

“Adam muslim.  Clark tak.”

Nasya mengangguk faham.  Apa lagi yang hendak dipersoalkan, lelaki itu mahu menceritakan kepadanya pun sudah dikira bagus.  “Macam mana boleh tubuhkan kumpulan mafia?”

“Kami tubuhkan bukan saja-saja.  Kami ada matlamat.  Kami bukan membunuh tanpa tujuan.  I takkan bunuh orang yang tak salah.  Ada I bunuh you?  Tak ada kan.  Kalau orang cari pasal, memang akan dapat padah.  Tapi kalau orang tak kacau kitorang, tak ada apa.  Lagipun kumpulan kitorang ni bukan membunuh semata-mata.   Kitorang sediakan khidmat pengawal peribadi untuk kepentingan orang lain.”

Nasya memandang dua lelaki di hadapannya itu bersilih ganti.  Andi hanya diam sejak tadi.  Hanya  Andri yang bersuara.  “Macam mana dengan bekas isteri Encik Andi?”

“Dia bukan orang sini.  Dia orang Malaysia.  Cuma kami berjumpa kat sini.  Kahwin kat sini.” Andi yang senyap sejak tadi bersuara.

“Bekas isteri Encik Andi cakap, dia tinggalkan encik sebab encik pembunuh.  Betul ke?”

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now