BAB 10

85K 3.9K 146
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

TOK TOK TOK!

Andri yang sedang berehat di kerusi pejabatnya memandang ke arah pintu yang diketuk daripada luar itu.  “Come in!” Lantang dia menjerit.  Apabila daun pintu terkuak, bibirnya terus tersenyum.  “Hey, what's up?”

Tidak membalas sapaan Andri, Nasya melangkah masuk ke dalam bilik pejabat itu.  Elsa turut dibawa bersamanya.  “Saya ganggu ke?” soalnya sebaik berdiri di hadapan meja kerja Andri.

“Tak adalah.  I baru siap buat kerja.  Kenapa?  Andi ada buat apa-apa ke?”  Prihatin Andri menyoal.

“Eh, tak ada.  Encik Andi okay je.”

“Habistu kenapa datang sini?”

Nasya gigit bibir bawahnya. “Hmm saya ada benda nak tanya ni.   Boleh?” soalnya setelah beberapa saat mendiamkan diri. 

“Apa dia?  Eh, duduklah.  Yang dok tercegat tu buat apa.  Sini I dukung Elsa.”

Nasya angguk kecil.  Elsa diberikan kepada Andri.  Dia kemudiannya mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Andri. 

“You nak tanya apa?”

Nasya menarik nafas panjang, sebelum dihelanya perlahan.  Wajah Andri direnung.  “Sebenarnya, Elsa anak siapa ya?  Anak awak?  Atau anak Encik Andi?” soalnya ingin tahu.  Sudah sebulan dia bekerja sebagai babysitter Elsa, tetapi dia masih belum tahu bayi yang dijaganya itu milik siapa.  Bahkan banyak perkara lagi yang dia tidak tahu.  Dia hanya mengenali Andi dan Andri begitu sahaja.  Hanya nama dan umur.  Itu sahaja.  Tetapi bukan secara terperinci. 

“Kenapa tanya?”

Nasya menelan liur.  Salah ke dia mengajukan soalan itu?  “Err sorry...  Saya tak berniat nak masuk campur hal peribadi awak.  Sorry.” Wajah ditundukkan.  Jarang sekali dia melihat wajah dingin Andri.  Dan ternyata, aura dingin lelaki itu lebih menakutkan berbanding Andi. 

Andri mengeluh kecil.  Wajah Elsa direnung seketika.  “Elsa anak Andi.”

Nasya mengangkat wajah apabila mendengar jawapan Andri.  “Anak Encik Andi?”

“Ya.  Anak kandung Andi.  Bukan anak I,” jelas Andri. 

“Ta...  tapi kenapa...”

“Kenapa Andi tak suka Elsa?” Andri laju memotong tanpa sempat Nasya menghabiskan soalannya. 

Nasya mengangguk.  Selama dia menjaga Elsa, jarang sekali dia melihat Andi bermesra dengan bayi itu.  Jika benarlah Elsa anak kepada lelaki itu, mengapa Andi tidak mahu menjaga bayi itu?  Hanya semalam dia dapat melihat kemesraan Andi bersama Elsa.  Itupun hanya seketika. 

“Elsa lahir daripada rahim perempuan yang Andi tak suka,” jelas Andri ringkas. 

“Maksud awak?” Nasya menyoal lagi.  Semakin berminat mahu mengetahui tentang asal-usul Elsa.

“Andi pernah kahwin.  Tapi rumahtangga dia tak tahan lama.  Cuma tiga bulan, kemudian dia bercerai.  Andi tak tahu bekas isteri dia tu mengandung.  Selepas bercerai, dia langsung tak ambil tahu pasal bekas isteri dia tu.  Dia hidup macam biasa.  Sehinggalah Elsa dihantar ke rumah kami.  Andi terkejut.  Jadi dia susah nak mengaku dan terima Elsa sebagai anak dia.  Lagi-lagi bila Elsa lahir daripada rahim bekas isteri dia, iaitu wanita yang dia benci.  Sebab tu dia tak suka Elsa,” jelas Andri.

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن