BAB 7

78.1K 4.3K 109
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

NASYA yang sedang mendodoikan Elsa tersentak apabila pintu bilik yang didiaminya itu ditolak kasar daripada luar.  Kepalanya terus tertoleh.  Melihat gerangan yang berdiri di muka pintu itu, membuat dia kecut perut.  “Err... encik...”  Perlahan-lahan dia bangun daripada duduknya.  Kepalanya tertunduk sedikit.  Kedudukan Elsa dibetulkan di dalam dukungannya. 

Andi melangkah masuk ke dalam bilik itu.  Pintu bilik ditutupnya rapat.  Serta dikunci.  Dia menapak ke arah Nasya.  “Kenapa tunduk?  Takut?” Dia yang sudah berdiri di hadapan Nasya tersenyum sinis.  Kedua belah tangannya elok tersilang di dada. 

Nasya hanya diam.  Tubuh kecil Elsa dibawa rapat ke dalam pelukannya. 

“Aku tanya ni, bisu dah ke?”

Terhinjut sedikit bahu Nasya apabila dijerkah sebegitu.  “Sa...  saya minta maaf...  Saya tak sengaja nak simbah air tu dekat encik.  Saya cuma kalut je masa tu.  Saya minta maaf,” ujarnya, memohon maaf kepada lelaki di hadapannya itu. 

“Kalau bercakap pandang aku!”

Wajah terus diangkat.  Nasya menentang pandangan daripada lelaki di hadapannya itu.  “Saya minta maaf.  Saya tak sengaja.  Tolong jangan bunuh saya.  Saya tak nak mati lagi.”

“Takut mati?  Huh?” soal Andi bersama senyuman mengejek.

“Siapa je yang tak takut mati.  Encik pun takut mati kan?”

“Aku?  Takut mati?” Andi menghalakan jari telunjuk ke arah dirinya sendiri.

Nasya sudah beristighfar di dalam hati.  Mengapa perlu ada manusia seego ini di dunia?  “Kenapa encik ego sangat?  Encik bukan Tuhan.  Encik ingat kalau dah mati tu, boleh hidup semula ke?  Encik dah banyak sangat pahala?  Ada tak pahala tu seluas angkasa?  Atau sebesar lautan?  Tak ada kan.  Jangan angkuh.”

Andi terus terdiam.  Matanya tajam memandang ke wajah Nasya. Kaki melangkah setapak demi setapak ke hadapan. 

“Encik nak buat apa ni?” soal Nasya dengan wajah cuak.  Liur ditelan.  Melihat lelaki itu yang semakin menghampiri, dia berundur ke belakang.  “Encik, stop!”

“Kalau tak nak?”

“Saya jerit!”

“Oh ya?  Ingat ada orang nak tolong kau ke?”

Jantung Nasya sudah berdebar hebat. “Stop encik!”
Andi masih beriak selamba.  Kakinya semakin mara ke hadapan.

“Andri!  Tolong saya!” Nasya menjerit sekuatnya.  Dia tiada pilihan lain kecuali menjerit.  Elsa yang sedang lena di dalam pelukannya sudah tersedar akibat jeritan nyaringnya itu.  Bayi itu terus sahaja melepaskan tangisannya. 

Melihat keadaan bertambah huru-hara, Andi bergegas melangkah ke arah pintu, meninggalkan Nasya dan Elsa di dalam bilik itu.  Dia tahu, sekejap lagi pasti adiknya datang. 

Nasya menghela nafas lega apabila kelibat Andi sudah hilang daripada pandangannya.  Elsa yang masih menangis itu cuba ditenangkan.  Ke kiri ke kanan dia berjalan sambil mendodoikan Elsa.  Punggung bayi itu ditepuk perlahan. 

“You!  Kenapa jerit?”

Nasya berpaling.  Andri yang baru melangkah masuk ke dalam bilik itu dipandang.  “Err awak...”

“Kenapa jerit? Apa bising-bising tadi?” Andri menyoal lagi.

“Err, abang awak...”

“Kenapa dengan dia?  Dia kacau you ke?”

“Hmm...  dia...  dia nak buat tak elok dekat saya,” jelas Nasya sedikit gagap. 

It's okay.  Biar I ajar dia.” Andri terus keluar dari bilik itu.  Sempat matanya mengerling ke arah Elsa yang sudah terlena di dalam pelukan Nasya. 

Nasya statik di tempatnya.  Sebaik kelibat Andri menghilang, dia mengatur langkah ke arah sofa.  Punggung dilabuhkan di atas sofa.  Degupan jantungnya sudah kembali normal. Pandang wajah Elsa, satu kucupan lembut disinggahkan di dahi bayi itu.

“I love you, Elsa.  Apa pun jadi, mummy cuba jaga kamu.”

*****

WOI!”

Andi yang sedang duduk di sofa di bilik pejabatnya memandang ke arah pintu. Dahinya berkerut melihat si adik masuk ke dalam bilik pejabatnya itu. “Kau memang dilahirkan untuk menjadi manusia yang tak beradab ke?”

“Ya memang!  Jadi apa masalahnya?  Ada susahkan kau ke?” soal Andri lalu mengambil tempat di sofa berhadapan dengan abangnya. 

“Malang betul mama lahirkan kau ni,” ujar Andi.

“Kau jangan nak bising sangat.  Kau buat apa dekat Nasya tadi?” Andri terus mengajukan soalan kepada abangnya itu. Tujuan utama dia masuk ke situ.

“Apa?  Aku tak buat apalah,” jawab Andi, berpura-pura sibuk mengemas majalah di atas meja kopi. Hati sudah mendongkol geram.  Berbakul sumpah seranah dilemparkan kepada Nasya.  Entah apa agaknya yang dikatakan oleh gadis itu kepada Andri.

Andri merenung abangnya dengan tajam.  Wajah itu penuh dengan penipuan.  “Aku warning kau.  Jangan kacau dia lagi. Faham?” ujarnya dengan suara di celah gigi.

Andi menjongket kening sebelah.  “Wow, dah pandai nak bagi amaran bagai disebabkan perempuan. Sejak bila kau jadi seorang lelaki yang pengasih lagi penyayang?” perlinya.  Bibir tersenyum sinis.

“Kau kacau dia, nahas kau.”

Auwww so sweet...  Ada nampak yang aku kisah dengan amaran kau tu?  Pergi mati sanalah!” Andi bingkas bangun daripada sofa.  Kaki melangkah ke meja kerja.  Lebih baik dia buat kerja daripada melayan perangai tidak semenggah adiknya itu.  Buang masa!

Bang!

Bunyi tembakan itu membuat Andi terkejut.  Langkahnya terhenti.  Dia memandang ke arah dinding yang sudah berlubang dek terkena tembakan itu.  Kepalanya menoleh sedikit ke belakang.  “Kau kenapa?” soalnya kasar.  Peluru pistol itu benar-benar lalu di tepi kepalanya tadi.

“Jangan cabar aku.” Andri bingkas bangun.  Pistol miliknya disisip ke celah pinggang.  Kaki melangkah ke arah pintu. 

Sebaik kelibat Andri hilang daripada pandangan, Andi mendengus geram.  Kerusi di hadapannya ditendang kuat sehingga ia terpelanting ke tepi dinding.  Geram yang amat kepada seorang gadis bernama Fiqlia Nasya.

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now