BAB 17

83.3K 4.2K 367
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

RACHEL melihat satu persatu gambar-gambar yang diterimanya melalui aplikasi WhatsApp.  Hatinya mendongkol geram melihat pasangan yang segak dan cantik berpakaian pengantin itu.  Giginya diketap kuat. 

“I takkan biarkan you bahagia Andi,” ujarnya dengan perasaan penuh api dendam.  Aplikasi WhatsApp ditutup.  Telefon bimbitnya dibaling ke sebelah.  Mata bundarnya merenung tajam ke arah kaca televisyen yang gelap.

Hey baby. What are you doing?” sapa satu suara lelaki daripada arah belakang. 

Rachel menoleh.  Bibirnya tersenyum kelat.  “Come baby...” Tangan kanan dihulur ke arah lelaki tersebut. 

Why?” soal Kevin setelah mengambil tempat di sisi teman wanitanya itu.  Rambut panjang Rachel dielus lembut dengan tapak tangannya.  Sesekali hidungnya didekatkan dengan kepala wanita itu.  Wangi.  Sungguh mengasyikkan.  Membuat dia terbuai dan tergoda.

Help me please...” rengek Rachel lalu melentokkan kepalanya di dada bidang Kevin.

Help what?”

Rachel mencapai semula telefon bimbitnya.  Galeri dibuka, lalu gambar pasangan pengantin yang dilihatnya tadi ditunjukkan kepada Kevin.  “Destroy his life...” arahnya ringkas. 

Your ex-husband right?” soal Kevin setelah meneliti gambar yang ditunjukkan oleh Rachel.

Yup.  Kill him, and his family too.”

Your daughter too?”

She's not my daughter!  I hate her!  Like a bullshit!” hambur Rachel. 

Kevin di sebelah hanya mengangguk.  “Okay.  I will.  But why?

They need to die,” balas Rachel mendatar.  Bibirnya tersenyum jahat.  Dia cukup berdendam dengan Andi.  Kerana lelaki itu, dia merempat.  Kerana lelaki itu, dia dipandang hina oleh masyarakat.  Jika tidak kerana Kevin yang mengutipnya dahulu, dia mungkin sudah mati di bawah jambatan.  Dan mungkin Elsa tidak akan lahir ke dunia ini. 

Semuanya kerana Andi! 

Andi punca dia hidup derita!

*****

APA plan kau lepas ni?” soal Adam kepada Andi.  Ketika itu mereka berempat berada di sebuah meja bulat. 

Andi diam seketika.  Matanya memandang ke arah Nasya yang duduk tidak jauh daripada meja yang didudukinya itu.  Elsa turut bersama gadis itu. 

“Kita tunggu Rachel buat kerja dia dulu.”

“Mana boleh.  Tangan aku dah gatal nak bunuh orang.” Andri yang duduk di sebelah kanan Adam mencelah.

Andi mengalih pandangan ke arah adiknya.  “Relekslah.   Awal lagi nak serang.  Kita tunggu kena serang, baru kita serang semula.  Aku tak sukalah gempur tempat orang.  Biar orang gempur tempat kita.  Baru best nak perang,” ujarnya selamba.  Air oren di dalam gelas panjang itu diminumnya sehingga habis. 

“Aku sokong!” sampuk Clark pula. 

“Habis aku nak bunuh apa?” soal Andri tidak puas hati. 

“Kau pergi bunuh cicak sanalah.  Tak habis-habis nak membunuh.  Ingat mati sikit.  Pahala kau dahlah tak ada, dosa je banyak. Tak reti nak taubat ke?” sindir Adam. 

“Melampau kau ni.  Kau tu baik sangat ke?  Kau dengan aku sama jelah,” balas Andri.  Wajah Adam dijeling kasar. 

“Eh, aku baik lagi daripada kau,” bidas Adam lantas menyuakan muncung gelas ke mulutnya.  Bibirnya sempat tersenyum sinis ke arah Andri. 

Mata helang Andri tajam memandang Adam.  Melihat gelas panjang yang dipegang oleh Adam, idea jahatnya timbul.  Gelas panjang yang dipegang Adam itu sengaja ditolak, sekaligus menyebabkan air di dalam gelas itu tertumpah ke muka Adam.  Andri tergelak jahat.  Puas hati.

“Woi!  Apa ni?” bentak Adam.  Tisu di atas meja dicapai lalu kesan tumpahan air pada bajunya dilap kasar. 

“Padan muka,” ejek Andri. 

Adam menghela nafas kasar.  Tisu yang digunakannya itu dilempar saja ke atas meja.  Tiba-tiba matanya terpandangkan sepotong kek di atas piring berhampiran dengannya itu.  Senyum jahatnya terukir.  Perlahan-lahan piring kek itu ditarik ke arahnya.  “Andri...”

Andri yang tadinya sedang memandang ke arah lain menoleh apabila namanya dipanggil. 

Pak!

Terkebil-kebil mata Andri apabila mukanya ditepek dengan kek coklat.  “What the...”

“Hahaha!  Padan muka kau!” Giliran Adam mengejek.  Dia kemudiannya terus bangun.  Dia tahu Andri akan mengamuk sekejap lagi. 

Andri mengelap wajahnya dengan tisu.  “Woi!  Kau nak pergi mana?” jeritnya apabila Adam sudah meninggalkan meja itu.  Dia turut bangun daripada kerusinya.  “Jangan lari!”

Andi memandang ke arah Clark.  Keduanya menggelengkan kepala.  Andri dan Adam, dua manusia yang tidak pernah matang.  Tetapi merekalah yang paling berguna di dalam kumpulan mafia itu.  Masing-masing ada kelebihan tersendiri. 

“Aku rasa kau kena buat sesuatu,” ujar Clark tiba-tiba. 

Andi menjongketkan keningnya.  “Apa?”

“Latih Sya.”

“Hah?  Kau gila?”

“Aku tak gila.  Tapi kalau kau tak buat apa yang aku cadang ni, kau yang akan gila.  Andi, kau takkan selalu ada dengan dia.  Kau pun ada kerja.  Bukan 24 jam kau boleh awasi dia.  Sekurangnya kalau kau latih dia, dia boleh pertahankan diri dia sendiri kalau jadi apa-apa.”

Andi terdiam.  Dia cuba memikirkan kebaikan daripada apa yang dicadangkan oleh sahabatnya itu.  “Kalau dia tak nak?”

“Paksa.  Kau suami dia sekarang ni, kau keraslah sikit dengan dia.  Demi kepentingan kau dan dia.”

Andi mengeluh kecil.  “Nanti aku cuba.  Tapi aku tak tahu dia boleh terima ke tak.  Siapa nak latih dia sekarang ni?” Wajah Clark dipandang. 

“Fiona, Clara. Andri pun boleh latih dia.  Kau pun boleh.  Sesiapa je boleh.”

“Kelas menembak?”

“Tu kerja Adam.  Dia yang jaga bahagian tu.  Kalau kau nak ajar dia menembak, boleh je.  Tak adalah sampai suruh dia membunuh.  Sekurangnya untuk keselamatan diri dia.  Untuk dia dapat jaga diri dia bila kau tak ada.  Tu pun dah cukup.”

Andi mengangguk.  Ada benarnya juga cadangan Clark itu.  Matanya fokus ke arah Nasya.  Ya, gadis itu sudah menjadi miliknya sekarang ini.  Tanggungjawabnya kini adalah menjaga isteri dan juga anaknya itu.  Jika tidak kerana Rachel, dia tidak perlu melakukan semua itu. 

“Kau akan bahagia dengan dia Andi.  She will be the best wife for you, and the best mummy for Elsa,” ujar Clark lalu menepuk perlahan bahu Andi itu. 

Andi tersenyum tawar.  “I hope too...” 

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now