BAB 8

80K 4.4K 171
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

BRO!”

Tingkah Andi yang sedang menekan papan kekunci komputer riba terhenti. Angkat wajah,  Andri yang baru masuk ke dalam pejabatnya itu dipandang dengan kerutan di dahi.  “Apa?”

“Aku ada benda nak minta tolong kau,” ujar Andri lalu duduk di kerusi berhadapan dengan meja kerja abangnya. 

“Aku tak nak tolong,” balas Andi mendatar.  Matanya kembali tertumpu pada skrin komputer riba.

“Dengarlah dulu.”

“Tak nak dengar.”

Andri mula geram dengan perangai abangnya itu.  Bangun daripada duduk, kaki laju melangkah ke arah Andi.  Kolar baju lelaki itu dicengkam kuat.  “Woi!  Dengarlah dulu!  Menguji kesabaran orang betul lah kau ni!”

“Releks bro.  Period ke?” Andi menyoal sambil tersenyum senget.  Selalunya Andri yang akan menyakitkan hatinya.  Tetapi hari ini, biarlah dia pula. 

“Banyak kau punya period!  Aku nak minta tolong ni!” hambur Andri.  Kolar baju Andi dilepas kasar.  Mata merenung tajam ke arah lelaki itu. 

Andi menongkat wajahnya dengan tangan kanan. “What?”

“Tolong bawa Elsa pergi klinik.”

Senyuman di bibir Andi terus hilang apabila kata-kata Andri menerpa ke sistem pendengarannya.  “Dah kenapa aku kena bawa dia pergi klinik?  Memang taklah aku nak bawa!”

Andri mengeluh kecil. Perkara yang memang dia dah duga daripada awal.  “Tolonglah aku.  Aku ada meeting lepas ni.  Elsa ada appointment doktor. Lagipun, Nasya ikut sekalilah.  Aku minta kau bawa diorang je,” ujarnya. 

“Kau buat lawak ke apa ni?  Elsa?  Nasya?  No!  Dua-dua aku tak suka.  Kau lah bawa.  Tak ada kaitan dengan aku,” bidas Andi.  Sebuah fail hitam di atas meja dicapai lalu disemak.  

“Tolonglah aku. Susah sangat ke nak tolong?  Tak guna betullah kau ni!” amuk Andri.  Berang dengan sikap abangnya itu.  Dasar manusia tidak berhati perut. 

“Adam mana?  Clark?  Suruh diorang jelah,” balas Andi lalu menyambung semula kerjanya. 

Diorang ikut aku nanti.  Tolonglah wei.  Teman je diorang.  Kau ni pun, cuba sekali-sekala jadi baik sikit.  Asyik nak menyetan je kerja kau.  Tak ada sifat baik langsung.”

“Tak ada susahkan sesiapa pun,” balas Andi.

“Susahkan aku!  Dah, aku tak nak dengar apa-apa alasan.  Bawa diorang.  Tepat pukul 12 nanti.  Faham?  Got to go!  Bye!  Love you bro, muah!” Tanpa menunggu jawapan abangnya, Andri terus keluar dari bilik pejabat itu. 

Andi merenung ke arah pintu yang baru ditutup oleh Andri.  Dia mendengus geram. 

“Apa hal aku yang kena bawa diorang ni?  Aku CEO, bukan driver!”

*****

PEJAM celik pejam celik, sudah hampir sebulan dirinya bekerja sebagai babysitter kepada bayi comel bernama Elsa Aurora.  Dan sepanjang tempoh itu, bermacam-macam perkara yang terjadi.  Andri sering menjadi pelindungnya, manakala Andi suka membuat masalah dengannya.  Perwatakan dua beradik itu amat berbeza.  Andri terlalu baik, manakala Andi terlalu kejam. Ya, mungkin ada masanya Andri suka menyakitkan hatinya, tetapi lelaki itu penyayang.  Jika hendak dibandingkan dengan Andi yang serupa iblis keluar dari neraka. Clark dan Adam pula seperti bodyguard yang sentiasa menemani Andri dan Andi.  Kerana Elsa dan Andri, dia bertahan bekerja di situ.  Jika tidak, sudah lama dia berhenti. 

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now