BAB 16

84.6K 4.1K 304
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

PANG!

Wajah Nasya terteleng ke kiri setelah menerima tamparan daripada abang sulungnya itu.  Dia terkebil-kebil sendiri.  Apa salahnya? 

“Woah, releks bro.  Apa ni main tampar-tampar perempuan.  Dayus ke?” Andri yang sedang duduk di atas sofa twin itu mula masuk campur. 

Shut up man!  Not your business!”

“Oh ya?  Do I care?” soal Andri sedikit sinis.  Andi yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri.  Mereka ke situ bertujuan hendak meminta restu daripada abang sulung Nasya.  Namun tidak disangka bakal ditayangkan dengan filem percuma itu.

Nasya sudah menundukkan wajah.  Salah ke dia meminta restu daripada abangnya itu?  Hanya kerana minta restu hendak berkahwin, dia ditampar.  Di hadapan Andi dan Andri pula tu. 

“Sya, kenapa tetiba nak kahwin ni?” soal Nurul, si kakak iparnya.

“Seminggu kau tak balik, lepas tu terus nak kahwin.  Kenapa? Kau dah bunting?  Kau dah menyundal belakang aku kan? Sebab tu beria nak kahwin!  Dasar perempuan sundal kau ni!  Kau tak layak hidup!  Hidup menyusahkan orang!” Fiqri menyampuk tanpa sempat adik perempuannya itu menjawab. 

“Abang, Sya bukan...”

“Bukan apa?  Hah?  Kau ni memang tak sedar diri!  Aku bela kau.  Hujungnya, kau bawa balik jantan ke sini!” hambur Fiqri lagi. 

“Salah ke Sya nak kahwin?  Abang tak suka Sya kan?  Sepatutnya abang suka bila Sya kahwin, sebab abang tak perlu jaga pembawa malang macam Sya ni,” ujar Nasya.  Air matanya mengalir perlahan. 

“Sya, tak baik cakap macam tu...”

Nasya memandang ke arah kakak iparnya.  Bibirnya tersenyum tawar.  “Ya, Sya tak baik.  Apa saja berkaitan Sya, semuanya tak baik.  Sya pembawa malang.  Bawa bala dalam keluarga ni.  Betulkan?”

“Makin kurang ajar kau ni kan.” Fiqri cuba menyabarkan hatinya.

“Sebab abang Sya jadi macam ni!” ujar Nasya dengan suara naik seoktaf.

“Kau memang cabar aku.” Fiqri mula melangkah mendekati adiknya itu.  Namun laluannya dihalang seseorang.

“Woah, releks.”

“Kau jangan masuk campur.” Fiqri merenung tajam ke arah lelaki yang berada di hadapannya itu. 

“Apa kau boleh buat kalau aku masuk campur?”

Tidak menjawab soalan itu, Fiqri terus mengangkat tangan untuk melayangkan penumbuknya.  Namun ianya dihalang.

“Tu je kau mampu buat?” soal Andri bersama senyuman mengejek.  Tangan lelaki itu yang berada di genggamannya dilepaskan secara kasar.
 
“Adik kau datang secara baik, nak minta restu kau untuk kahwin.  Tapi kau tampar dia, hina dia.  Abang jenis apa kau ni?  Kalau aku ada abang macam kau, dah lama aku bunuh,” ujar Andri mendatar. 

“Dia adik aku!”

“Adik yang kau layan serupa sampah?  Huh?  Aku tak sangka wujud juga abang macam kau ni.”

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now