BAB 12

77.1K 4K 161
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

NASYA yang baru masuk ke dalam bilik terus menuju ke meja solek.  Telefon bimbitnya yang sedang dicas itu dibelek.  Satu mesej pesanan ringkas diterimanya.  Terus dibuka dan dibaca.

-Morning sweetie!  Siap-siap.  Kita keluar sekejap lagi.  I datang ambil you.  Nak cari barang Elsa.- Andri

Nasya tersenyum apabila membaca mesej ringkas itu.  Andri seakan dapat membaca kehendak hatinya. Dia memang tengah bosan berada di rumah ketika itu.  Lagi-lagi abangnya ada di rumah, lagilah bertambah bosan dibuatnya terpaksa terperap di dalam bilik. Jari runcingnya laju menaip untuk membalas mesej Andri tadi.

Butang send disentuh.  Telefon bimbitnya dibiarkan bercas dahulu sementara dia mahu menukar pakaian.  Kaki melangkah ke almari pakaian.  Sehelai dress labuh berwarna peach diambil bersama sehelai cardigan berwarna oren.  Nasya masuk ke dalam bilik air untuk menukar pakaian.  Selesai itu, dia mengambil pula tudung bawal berwarna peach bercorakkan bunga-bunga kecil berwarna merah jambu lalu disarungkan ke kepalanya.  Lipbalm dicalit sedikit ke bibir.  Sempat ditepek wajahnya dengan compact powder jenama Maybelline.  Nasya memusingkan tubuhnya di hadapan cermin.  Perfect!

Ketukan pada pintu bilik menyentakkan Nasya.  Kakinya melangkah laju ke arah pintu.  Tombol dipulas perlahan. 

“Eh akak...”  Bibir mengukir segaris senyuman kepada kakak iparnya.

“Sya, ada orang cari Sya.  Ni cantik-cantik nak pergi mana?”

“Sya nak keluar sekejap.” Nasya berlari ke arah meja solek.  Beg silang kesayangannya disangkut ke bahu.  Telefon yang dicas tadi diambil lalu dimasukkan ke dalam beg. 

“Sya jangan balik lewat.  Nanti abang bising.”

“Iya, Sya tahulah kak.  Jangan risau okay?” Bahu kakak iparnya dipaut lembut.

Anak tangga dipijak sehingga tiba di tingkat bawah.  Nasya terus menuju ke pintu utama.  Abangnya sudah berdiri di muka pintu itu. 

“Hah baguslah.   Dah pandai nak menyundal dengan lelaki.”

Nasya hanya buat tidak endah dengan kata-kata abangnya itu.  Sudah biasa.  Dia terus menyarungkan sandal ke kaki. 

“Sya pergi dulu bang...” Tangan dihulur untuk bersalaman dengan abangnya itu.  Namun hulurannya itu ditepis kasar.

“Kau jangan buat macam-macam belakang aku.  Jangan sampai aku hilang sabar dengan kau!” tegas Fiqri sebelum us berlalu dari situ. 

Nasya menghela nafas perlahan.  Pemergian abangnya dihantar dengan pandangan.  Sampai bila?  Sampai bila dia mampu bertahan untuk terus dibenci oleh abang sendiri.  Tubir mata terasa hangat tiba-tiba. Tabah wahai diri.

“Akak, Sya pergi dulu ya.” Nasya beralih kepada kakak iparnya pula. Tangan wanita itu disalam hormat.

“Jaga diri.  Jangan ambil hati dengan apa yang abang cakap tu.  Dia sayang Sya cuma...”

“Tak apa.  Sya okay je.  Sya pergi dulu.  Assalamualaikum.”  Sebaik mengucapkan salam, Nasya terus memalingkan tubuh.  Kakinya mengorak langkah menuju ke sebuah kereta yang sudah menunggu di luar pagar rumah abangnya itu. 

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now