BAB 13

77.1K 4K 278
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

SYA ada bagitahu kau apa-apa?”

Andri yang sedang memakan roti bakar itu memandang wajah Clark penuh tanda tanya.  “Bagitahu? Maksud kau?”

“Rachel ada jumpa dia,” jelas Clark mendatar. 
Automatik tiga pasang mata memandang ke arah Clark. 

“Mana kau tahu?” Andi yang berada di sebelah Andri menyoal. 

“Bila?” Andri turut mengajukan soalan.

“Semalam, masa kau dekat mall.  Kau ada tinggalkan dia kan?”

Andri diam sesaat.  “Oh aah.  Aku pergi tandas.  Takkan aku nak bawa dia sekali kot masa tu.  Aku biarkanlah dia.”

“Masa tulah Rachel datang jumpa dia,” jelas Clark.

Andi dan Andri saling berpandangan.
“Kenapa kau tak tangkap dia?” Adam yang senyap sejak tadi mencelah. 

“Saja.  Nak tengok sejauh mana kepandaian dia tu.”

“Kau tu yang nampak bodoh sekarang ni,” ujar Andri.

“Aku yakin, dia dah cakap sesuatu dekat Sya. Pembunuh.  Mafia.  Dia mesti dah bongkarkan pasal tu.” Andi menyampuk.

Kesemua yang berada di situ diam.  Sebelum masing-masing mengangguk kepala.  Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Andi.  

“Semalam lepas keluar dari mall pun, Sya senyap je.  Selalu dia paling riuh,” ujar Andri. 

“Jadi kita nak buat apa?  Kalau betullah Sya dah tahu pasal kita, apa plan kita lepas ni?  Dah tentu dia akan jauhkan diri daripada kita semua.  Dia akan takut dengan kita.  Silap-silap nanti dia tak nak jaga Elsa lagi.  Macam mana?”

Andri memandang ke arah Adam.  Ya, semuanya akan menjadi semakin rumit selepas ini.  

“Bro, kau ada plan tak?” Clark menyoal Andi yang sedang termenung.

“Aku kena kahwin dengan Sya.”

Sebaris ayat yang keluar daripada mulut Andi buat semua kelu.

“Kau dah fikir betul-betul?  Bukan hari tu kau bantah ke?  Ni dah kenapa?  Tak menyesal?” Andri memandang pelik ke arah abangnya.  Hari itu beriya membantah.  Hari ini, setuju pula.  Pelik bin ajaib.

“Demi Elsa,” balas Andi.  Ya, dia akui dia sudah mula menyayangi Elsa.  Dan sekarang dia rasa tanggungjawab untuk menjaga keselamatan Elsa terletak pada dirinya.  Namun Elsa memerlukan Nasya.  Jadi, dia perlu mengikat Nasya terlebih dahulu. 

Adam dan Clark sudah tersenyum.  Manakala Andri masih dengan wajah peliknya. 

“Aku kena buat semua ni.  Kalau Rachel nak jadikan Sya sebagai mainan dalam game ni, kita pun akan guna cara yang sama,” jelas Andi. 

“Okay.”  Serentak Adam dan Clark menjawab. Faham dengan apa yang hendak disampaikan oleh Andi.

Andi menoleh ke sebelah.  Terjongket keningnya memandang Andri.  “Kau dah kenapa?  Dah jadi bodoh?”

“Aah.  Aku terasa bodoh pula sekarang ni.  Hahaha!”

Andi menggelengkan kepala.  Minumannya yang berbaki separuh di dalam gelas disedut perlahan. 

*****

DAUN pintu bilik pejabat milik andri itu ditolak perlahan.  Kepalanya menjengul sedikit ke dalam.  Melihat tiada sesiapa di dalamnya, dia terus masuk ke dalam bilik itu.  Pintu dirapatkan semula.  Sememangnya dia sengaja tidak mengikut Andri untuk turun ke kafe.  Ada perkara yang perlu disiasat. 

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now