BAB 20

98.9K 4.3K 392
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

NASYA melangkah masuk ke dalam bilik. Tubuhnya mengeliat kecil, menghilangkan sengal-sengal yang terasa di seluruh urat dan sendinya itu.  Selesai itu, dia bergerak ke katil.  Punggung dilabuhkan di birai katil.  Tudung yang tersarung di kepalanya dilucutkan.  Dia hanya tidak memakai tudung apabila berada di dalam bilik sahaja.  Di luar bilik, sepanjang masa dia bertudung memandangkan ada Andri di rumah itu.  Telefon yang berada di atas meja sisi dicapai.  Skrin disentuh membuka kunci.  Nasya membelek-belek telefonnya.  Ada satu mesej pesanan ringkas yang diterimanya.  Laju dia membuka mesej tersebut.  Tulisan yang terpapar pada skrin telefonnya itu dibaca teliti. 

-You will die -unknown

Dahi Nasya berkerut halus sebaik membaca sebaris ayat itu. Malas mahu melayan. Sejak akhir-akhir ini memang dia kerap menerima mesej yang entah apa-apa. Daripada siapa pun dia tidak tahu.

Puas membelek telefon, Nasya meletakkannya semula di tempat asal.  Tubuhnya direbahkan di atas tilam.  “Urghh!!  Penatnya...” keluhnya. Tubuhnya digolekkan di atas tilam empuk itu. Seharian buat kerja.  Mengemas rumahlah, dapurlah, melayan Elsa lagi. 

Buk!

“Adoi...” Nasya menyeringai sakit apabila tubuhnya jatuh ke atas lantai.  Mujur berlapik karpet.  Jika tidak, boleh patah tulang belakangnya.   Pinggangnya diusap perlahan. 

“Tak gunalah kau ni katil.  Lain kali aku nak jatuh tu, sambutlah.  Ni tak, kau biar aku tergolek.  Sakit tahu tak?” Amarahnya dilepaskan pada objek tidak bernyawa itu.  Nasya bingkas bangun lalu punggung dilabuhkan semula di atas tilam.   Sambil tangan mengusap pinggang, bebola matanya meliar memerhati sekeliling bilik itu.  Terasa ingin menjelajah bilik itu.  Setelah hampir seminggu dia tinggal di  situ, yang dia tahu hanyalah dapur, ruang tamu, bilik air, halaman rumah dan  bilik tidur.  Malas dia mahu menjelajah lebih-lebih.  Membuang masa!  Cukuplah sekadar dia tahu perkara yang penting sahaja.  Dapur sebagai tempat memasak, ruang tamu sebagai tempat berehat, bilik sebagai tempat tidur dan bilik air sebagai tempat untuk membuang hajat. 

Setelah sakit di pinggangnya berkurangan, Nasya berdiri tegak.  Tangan bercekak pada pinggang.  Setiap almari yang berada di dalam bilik itu dipandang.  Perlahan-lahan dia melangkah ke arah almari pakaian yang berketinggian 8 kaki itu .  Pintu almari dibuka luas.  Isi di dalam almari itu dilihat. Tiada apa yang menarik.  Yang ada hanyalah pakaian yang tergantung.  Macam bodoh pula.  Nasya menutup semula pintu almari.  Dia beralih pula ke kabinet kecil di sebelah almari.  Setiap laci kabinet itu dibukanya.  Seakan mencari sesuatu.  Ada lima laci kesemuanya.  Empat laci teratas, tiada apa-apa melainkan barang kerja milik Andi.  Ditarik sahaja laci paling bawah, Nasya tergamam.  Objek yang berada di dalam laci itu sungguh mengerikan.  Tidak berkelip matanya.  Pisau rembo, bom tangan, pistol, rifle, sniper, dan bermacam jenis senjata berbahaya berada di dalam laci itu.  Gila!  Simpan peralatan berbahaya seperti itu di dalam bilik.  Lagi-lagi bom.  Tiada tempat lain ke hendak simpan?  Puas melihat setiap objek di dalam laci itu,  Nasya menutup kembali laci tersebut.  Tegak bulu romanya melihat objek-objek itu. 

Nasya kembali ke katil.  Dia memandang ke meja sisi katil.  Di atas meja itu hanya ada lampu tidur.  Dan terdapat dua laci pada meja itu.  Dia belum pernah melihat isi di dalam laci meja sisi itu.  Perlahan-lahan laci paling atas ditariknya.  Sekali lagi Nasya tercengang.  Berapa banyak senjata yang disimpan oleh suaminya di dalam bilik itu?  Sepucuk pistol berwarna silver yang berada di dalam laci itu diambil.  Menggigil sedikit tangannya memegang pistol itu.  Ini adalah kali kedua dia memegang pistol.  Sebelum ini, pistol milik Andri.  Kini, pistol milik Andi pula. 

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now