BAB 19

80.2K 4.2K 552
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

BRO!”

Andi yang sedang duduk di sofa ruang tamu terus menoleh ke sebelah.  Andri elok sahaja duduk di sebelahnya itu.  “Apa?” soalnya dengan kening terjongket.

“Ada berita tak baik sikit,” ujar Andri.  Dia mengerling ke arah abangnya itu. 

Andi diam.  Matanya memandang ke arah Nasya yang sedang duduk di sofa twin.  Kemudian wajah adiknya dipandang semula.

Quel est le problème maintenant? (Masalah apa pula kali ni?)” soalnya dalam bahasa France.  Dia tidak akan sesekali membiarkan isterinya mendengar tentang hal yang melibatkan kumpulan mafianya itu. 

Certaines personnes essaient de se débarrasser des informations sur la société,(Ada orang cuba ceroboh maklumat syarikat,)” jawab Andri mendatar. 

Qui?(Siapa?)” soal Andi.  Wajah adiknya dipandang menanti jawapan.

Adam a été sur le plan.  Black Dragon. (Adam dah siasat.  Black Dragon.)”

Quel est le problème qu'il doit nous gâcher?(Apa masalah dia sampai nak kacau kita?)” Wajah Andi mula bengang.  Musuhnya yang satu itu memang tidak pernah kenal erti putus asa.  Asyik hendak menjatuhkan syarikatnya.  Dahulu orang tuanya, dan kini gilirannya pula.

Souviens-toi de l’homme que tu as tué? (Ingat tak orang yang kau pernah bunuh?)” soal Andri kepada abangnya.

Qui?  Beaucoup de gens que j’ai tués, (Siapa?  Banyak orang aku dah bunuh,)” balas Andi.  Matanya dijulingkan ke atas, cuba mengingati budak yang dimaksudkan oleh adiknya itu.  Ah, susah.  Terlalu ramai budak yang dia bunuh. 

“Mark.” Ringkas nama itu disebut oleh Andri. 

Merde!”

Que veux-tu que nous fassions?(Kita nak buat apa?)” soal Andri.  Segala tindak balas akan dilakukan apabila mendapat arahan daripada abangnya itu.  Tanpa arahan, mereka tidak akan melakukan apa-apa. 

Attends, on regarde à quel point il est bon.(Tunggu dulu.  Kita tengok sejauh mana kepandaian dia tu.)” tenang Andi menjawab. 

“Okay.” Andri terus mencapai sepotong buah epal yang berada di dalam mangkuk di atas meja kopi.  Buah epal itu dibawa masuk ke dalam mulut.

C'est un peu, je viens de me marier, je ne vais pas me battre, (Agak-agaklah sikit.  Aku baru kahwin kot.  Takkan dah nak berperang,)” omel Andi perlahan.  Namun masih dapat didengari oleh Andri di sebelah.

Nous sommes la mafia, quand il est temps pour l'ennemi d'attaquer, n'est-ce pas stupide?(Kita mafia.  Waktu macam nilah musuh akan serang.  Takkan tu pun bodoh?)” jawab Andri mendatar.  Wajah abangnya dikerling.  Taktik musuh.  Menyerang apabila mereka berada di dalam mood hendak berehat.  Memang mengacau.  Tidak ubah seperti langau.

“Macamlah kau pandai sangat.  Dahlah!  Semak kau kat sini!” hambur Andi.  Tubuh Andri ditolak kasar menjauhinya.  Hampir tersungkur adiknya itu akibat tolakannya. 

“Woi!” Andri membentak.  Giliran tubuh abangnya yang ditolak.

Nasya yang berada di sofa twin hanya menjadi pemerhati kepada drama dua beradik di hadapannya itu.  Kepala menggeleng kecil.  Sudah tua bangka, tetapi perangai seperti kanak-kanak ribena.  Malas mahu masuk campur, Nasya kembali bermain bersama Elsa. 

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now