BAB 5

84.7K 4.6K 468
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

KUAKAN kasar pada pintu bilik itu mengejutkan Nasya daripada tidurnya.  Spontan gadis itu terduduk tegak.  Elsa yang berada di dalam dakapannya turut tersedar.  Namun beberapa saat kemudian, bayi itu tertidur semula. 

“Err sorry kalau ganggu you tidur...” ujar Andri sambil tersengih.  Merempuh masuk ke bilik seseorang tanpa ketukan mahupun salam. Itu adalah perangai buruknya. Dasar seorang manusia yang tidak beradab. 

Nasya tersenyum kelat.  Shawlnya yang sudah senget-benget itu dirapikan. Kedudukan Elsa dibetulkan sedikit, memberi keselesaan kepada bayi itu. 

Sorry saya tertidur.”

“Eh, tak apa.  Elsa dah minum susu ke?”

“Dah satu jam lepas.  Lepastu kami tidur semula...”

Andri mengangguk kecil.  Matanya mengerling ke arah Elsa yang sedang lena.  Tenang sahaja bayi itu tidur di dalam dakapan seorang gadis.  Mungkin sangkaannya gadis itu ialah ibunya sendiri. 

“Jom keluar. Makan. Dah tengahari ni,” ujar Andri setelah setengah minit berdiam diri.  Dia mengambil tempat bersebelahan Nasya. 

Nasya sedikit kekok apabila lelaki itu berada di sebelahnya.  “Kita dua je ke?”

“Apa salahnya kalau kita berdua je kan?  I tak kisah.  Baru nampak macam lovely couple forever,” ujar Andri berserta tawa kecil di hujungnya. 

Nasya tersenyum sahaja.  Dia tahu lelaki itu hanya bergurau. 

“Adam dengan Clark ada sekalilah. Jangan risau.”

“Okay.  Jom.” Nasya bingkas bangun daripada sofa.   Beg silangnya yang berada di atas meja kopi diambil lalu disangkut ke bahu.  “Awak, tolong bawa beg Elsa tu.  Ada barang dia.”

“Mana?  Beg kecil ni?”

“Ya.”

“Okay.” Andri terus mencapai beg kecil yang terletak di hujung sofa.  Bila masa pula wujud beg itu pun dia tidak tahu.  “Jom.” Dia melangkah terlebih dahulu diikuti oleh Nasya di belakang. 

Setibanya mereka di hadapan lif, Adam dan Clark sudah menunggu di dalam lif itu.  Andri terus masuk ke dalamnya.  Nasya turut melangkah masuk. 

“You okay jaga Elsa?”

Kepala Nasya menoleh ke arah gerangan yang mengajukan soalan.  “Okay je,” balasnya seraya tersenyum tipis.

Clark mengangguk kecil.  Gadis itu mempunyai sifat keibuan.  Jadi, memang layaklah menjadi babysitter Elsa.

Setelah beberapa minit berada di dalam lif, mereka tiba di ground floor bangunan itu.

“Err awak...”

Andri yang baru keluar daripada lif menoleh.  Kening dijongket sebelah. 

“Saya nak pergi tandas sekejap.”

“Oh okay.  Sini Elsa, I dukung.” Penuh berhati-hati, Andri mengambil Elsa daripada dukungan Nasya.  Tidak mahu bayi itu terjaga.  “Pergilah.  I tunggu kat sofa hujung tu.”

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now