BAB 1

129K 5.5K 1.1K
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

ANDI! Woi! Bangunlah!” Jeritan nyaring seseorang bersama dengan ketukan kasar pada pintu sudah cukup meriuhkan suasana pagi di rumah banglo dua tingkat itu.

Andi elok saja berbaring di atas katil. Jeritan di luar biliknya itu dibuat tidak endah.  Capai sebiji bantal, lalu ditutup pada kedua telinganya.

“Andi! Woi, bangunlah! Aku robohkan pintu bilik kau ni nanti!”  Jeritan nyaring itu bergema lagi.

“Diamlah!  Aku nak tidur.  Kau ni memekak jelah!” jerit Andi agak kuat. Matanya mencerlung tajam memandang pintu bilik.  Senyap.  Mungkin adiknya sudah pergi dari biliknya.  Andi mendengus kecil.  Dia memejamkan semula kelopak mata.  Belum sempat hendak terlelap, satu bunyi kuat menyapa gegendang telinganya. Pantas bantal yang menutup wajah itu dialihkan.  Andi terbungkam sendiri di atas katil, memandang pintu bilik yang hampir nak roboh itu. 

“Andri Fedric! Kau buat apa ni hah?” Suara Andi bergema kuat di dalam bilik itu.

Well, you know me.  Aku buat apa yang aku cakap.” Andri yang berdiri di muka pintu tersenyum sinis.  Kedua tangannya disilangkan ke dada.

Andi mendengus geram.  “Kau memang cari pasal dengan aku.” Bingkas bangun daripada baringan, laci meja sisi katil ditarik. Sesuatu diambil daripada dalam laci.

“Woah, woah, releks bro. Pagi-pagi tak elok mengamuk,” ujar Andri seraya mengangkat kedua tangannya separas bahu. Terkejut tengok objek yang dipegang oleh abangnya itu.

Andi tidak menghiraukan kata-kata adiknya itu.  Muncung pistol dihalakan tepat ke arah Andri. “Aku paling tak suka orang ganggu aku tidur.  Dan lagi tak suka bila orang jahanamkan harta aku!”

“Releks bro.  Okay-okay, aku tak buat lagi.  Nanti aku ganti baru pintu bilik kau ni,” ujar Andri bersama sengihan.  Cuba memujuk abangnya itu.  Siapa tidak takut pistol? Semua orang takut meskipun ia sekadar objek tidak bernyawa. Sekali ia digunakan, nyawa yang akan melayang.

Andi mendengus geram.  Perlahan-lahan pistol yang dipegangnya diturunkan lalu diletakkan di atas meja sisi katil.  Wajah diraup kasar dengan kedua tapak tangan.

“Apa hal?”

“Hah? Apa?” Andri terpinga-pinga mendengar soalan daripada abangnya.

“Apa hal kau datang bilik aku ni? Kenapalah aku dapat adik bodoh tahap gaban macam kau ni. Mati jelah gini. Susahkan aku je.” Andi mengomel geram.  Mahu sahaja ditembak adiknya itu.

“Sampai hati kau minta aku mati.  Kalau aku mati, aku yakin kau akan menangis air mata darah,” ujar Andri, membuat muka sedih. 

“Air mata darah kepala lutut kau! Dahlah, kalau setakat masuk bilik aku tak ada benda penting, baik kau keluar sekarang.  Aku nak tidur!” hambur Andi.

Andri tergelak kuat.  Suka benar dia membuat abangnya itu marah.  Beberapa saat kemudian, gelaknya berhenti.  Dia berdehem kecil.  

“Bro, turun bawah sekejap.  Ada benda nak tunjuk kat kau.”

Andi yang sedang duduk di atas katil menjongketkan sebelah keningnya. “What?”

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now