BAB 4

83.3K 4.4K 126
                                    

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

SYA!  Sini makan!”

Nasya yang baru sahaja turun dari tingkat atas rumah menoleh ke arah ruang makan. Kelihatan abang dan anak-anak buahnya sedang menjamu sarapan mereka. Nasya memandang pula ke arah kakak iparnya, Nurul. 

“Tak apalah kak. Sya nak keluar. Ada kerja.”

“Lah, takkan sarapan pun tak sempat?  Meh lah makan.  Akak dah masak makanan kegemaran Sya.”  Nurul masih lagi memujuk adik iparnya itu. 

Nasya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jam di pergelangan tangannya dikerling.  Sudah menginjak ke angka lapan. Jika dia sarapan, pasti akan lambat nanti.  

“Dah, awak tak payah nak baik sangat.  Dia tak nak makan, lantak dia.  Tak payah nak manjakan sangat dia tu.” Fiqri yang berada di kerusi utama bersuara. 

Nasya hela nafas. “Err Sya pergi dulu ya.”

“Jangan nak menyundal sangat kat luar tu!  Jangan sampai aku halau kau keluar dari rumah ni,” ujar Fiqri dengan nada yang begitu tegas.

Nasya pekakkan telinga. Mulut abangnya itu memang serupa longkang. Longkang pun lagi wangi sebenarnya. Apalah nasibnya.  Sudahlah orang tua tiada. Abang-abang pula membencinya.  Hinaan dan cacian sudah lali di telinganya. 

Atur langkah ke pintu utama, kasut di atas rak dicapai.  Usai sarung kasut ke kaki, pintu pagar dihampiri. Sebuah teksi sudah sedia menunggu di luar pagar itu. Nasya terus membuka pintu dan menerobos masuk ke dalam perut teksi. 

Sir, can you bring me here?” Kad kecil yang dihulurkan Andri kepadanya semalam ditunjukkan kepada pemandu teksi itu. 

Okay miss.  20 minutes.”

Nasya mengangguk kepalanya. Tubuh disandarkan pada kerusi. Mata merenung ke luar tingkap. Hampir 20 minit perjalanan, teksi yang dinaikinya itu tiba di hadapan sebuah bangunan mewah. Selepas membayar tambang teksi, Nasya keluar. Membulat matanya memandang bangunan di hadapannya itu.

LESTER HOLDINGS.

Perlahan-lahan kaki melangkah ke arah pintu utama bangunan gah itu. Teruja dan kagum. 

Yes miss, can I help you?”  Seorang gadis berambut perang datang kepada Nasya. 

Nasya yang masih teruja melihat ruang di dalam bangunan itu menoleh.   Bibir menguntum senyum.  Tag nama pada baju yang dipakai gadis itu ditilik sekilas.  May.  

Can you show me where's this office?” Kad kecil di tangannya dihulurkan ke arah May.

May menyambut kad tersebut. “Do you have an appointment with him?

No but...”

You need to make an appointment first.”

Err but he asked me to come here,” ujar Nasya sambil garu kepala.  Ketat juga kawalan di dalam bangunan itu. 

Stay here. I call him first.”  Baru sahaja May ingin melangkah ke arah kaunter yang terletak di tengah-tengah ruang lobi itu, suara seseorang memanggil.

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now