Part 4💗

1.2K 79 14
                                    

Laju Nayeon berjalan masuk kedalam kafe. Disebabkan dia terbangun lewat terpaksa dia meminta untuk masuk bekerja waktu 2 petang.

"Lambat masuk Yeon." Terkejut Nayeon dengan suara itu. Segera dia menoleh.

"Hish kau ni Young Hee. Er aku bangun lewat sikit." Dia tersengih dihujung ayatnya.

"Pandailah kau bangun lewat. Aku rasa kau tidur awal kot malam tadi sebab aku call dengan message semua tak reply. Kau buat apa hah?"

Nayeon mengetap bibirnya. Dia berfikir sama ada mahu bercakap atau tidak.

"Aku keluar jalan semalam dengan family aku. Penat sangat sebab tu tak sedar." Nayeon mencipta alasan.

Young Hee mencebik mendenganrya. Diikut langkah gadis itu masuk ke bilik pekerja.

"Kau masuk pula harini. Bukan cuti sakit." Nayeon bertanya. Begnya diletakkan didalam lokernya.

"Dah sihat sikit ni." Jawab Young Hee.

Terangguk- angguk Nayeon mendengarnya. Sebenarnya ada sesuatu dia ingin bagitahu gadis itu, tetapi dia tidak tahu macam mana mahu memulakan.

"Yeon.."

"Yeon." Terus tangannya ditepuk menyedarkan Nayeon. Pelik Young Hee dibuatnya dengan tingkah laku Nayeon yang agak pelik pada hari ini

"Hah ya." Nayeon memandang Young Hee.

"Kau okay tak ni? Macam ada banyak masalah je ni."

"Tak ada apa lah." Pantas Nayeon menggeleng.

Young Hee tersenyum kecil.

"Hm sukahati kau lah tak nak bagitahu. Aku nak keluar dulu. Hari ni aku balik awal tau sebab nak keluar dengan husband aku." Ujar Young Hee sebelum keluar dari bilik pekerja.

Nayeon mengeluh. Pintu bilik dipandangnya lama. Bermacam- macam dia fikirkan sekarang ni. Patutkah dia cerita pada Young Hee tentang kepulangan lelaki itu? Atau biarkan Young Hee tahu sendiri. Mukanya diraup kasar.

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now