Part 64💗

747 42 5
                                    

Dengan berhati- hati Rowoon baringkan isterinya diatas katil. Mereka baru sahaja pulang dari hospital. Mujur keadaan Nayeon baik- baik sahaja awal pagi tadi membolehkan dia pulang ke rumah dengan lebih awal.

"Woon tak nak lah baring. Saya penat lah asyik baring tak buat apa- apa." Nayeon memandang suaminya yang sedang mengemaskan barangnya pula.

"No sayang. Selagi awak tak berapa nak okay selagi tu awak kena banyakkan rehat." Ujar Rowoon tegas. Dia taknak perkara semalam berulang kembali.

Nayeon mencebik.

"Nak apa- apa just tell me. Nanti saya tolong awak." Rowoon menghampiri isterinya semula. Ubat- ubatan diletakkan ditepi meja katil.

"Sayang tunggu sekejap. Saya pergi masakkan bubur lepastu kita makan ubat okay."

"Hmm okay." Nayeon menggumam halus.

Rowoon terus melangkah ke pintu untuk keluar. Belum sampai di pintu, Rowoon berhenti.

Nayeon memandang suaminya. Dahinya berkerut.

"Ingat, jangan buat apa- apa. Nak apa- apa panggil saya tau." Pesan Rowoon lagi.

Berdecit halus Nayeon mendengarkannya.

"Ya sayang. Saya baring je ni."

"Okay good wife. Kejap tau. Nanti saya naik balik bawa makanan." Terus Rowoon keluar dari dalam bilik.

Nayeon tersengih. Aduhai suami, macam mana lah tak jatuh cinta kalau dia selalu je buat hati kita terusik dengan telatahnya.

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now