Part 26💗

661 38 4
                                    

"Hai sayang." Terkejut Nayeon dengan kedatangan Rowoon secara tiba- tiba. Dengan kepalanya ditongkat tangannya memandang kearahnya.

"Apa ni Woon." Terus Nayeon melihat sekelilingnya. Nasib tiada sesiapa.

"Buat apa dekat sini?" Soal Nayeon membalas renungan lelaki itu.

"Nak jumpa appa."

"So pergilah." Ujarnya seperti menghalau.

"Menghalau." Mencebik Rowoon dibuatnya. Baru nak beromantik dah kena halau.

Nayeon tersenyum nipis. Sukahati dia lah nak menghalau ke apa.

"Okay biy pergi dulu ya sayang. Jumpa dinner nanti. Muahhh."

Membulat mata Nayeon mendengarnya. Sempat pula nak ber biy bagai.

"Dah lah pergi."

Sempat Rowoon mengeyitkan mata kepadanya. Menjelir lidah Nayeon melihatnya.

Mengada! Sehinggakan membuat hati Nayeon sedikit terusik dengan perilaku Rowoon.

"Hah tenung apa tu!" Tersentak Nayeon.

"Jihyo." Tanpa sempat gadis itu mengelak terus lengan gadis itu dicubit geram. Takut sahaja pertempuan dia dengan Rowoon diketahui oleh Jihyo.

"Auchhh sakitlah Yeon." Mengadu sakit Jihyo dibuatnya.

"Tu lah. Mengada sangat. Nasib aku tak ada sakit jantung. Kalau ada kau sendiri tanggung kos perubatan aku."

"Alah gurau je." Mencebik Jihyo mendengar kata- kata Nayeon.

"Dah lah pergi sambung kerja kau. Menyebuk je pergi depan." Terus tubuh Jihyo ditolak masuk kedapur semula.

Saat dia kembali kehadapan semula, pinggangnya dicuit.

"Bye sayang. Jumpa dinner nanti." Bisik suara yang sememangnya Nayeon pasti orangnya.

Mengeluh Nayeon melihatnya.

"Dah lah pergi balik."

"Bye sayang. Bye. Bye."

"Hish dah lah." Terus ditolak tubuh Rowoon menjauh.


Dah sahur ke tu?? 😚

Jangan lupa puasa penuh ya.

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now