Part 60💗

796 40 4
                                    

Tergeleng kepala Rowoon tatkala melihat wajah isterinya yang masih masam.

"Sayang.." Meleret sahaja Rowoon memanggil. Tangannya menyentuh bahu isterinya.

"Tak payah sentuh lah." Laju Nayeon menolak tangan suaminya dari menyentuh bahunya.

Rowoon mengeluh. Terkesan betul isterinya ini. Terus dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan isterinya. Dicapai tangan isterinya semula. Kali ini Nayeon tidak membalas apa- apa.

"Kenapa marah sangat ni? Sebab saya tak bagi beli baju semalam tu ke?" Tangan isterinya diusap. Harap setangkai hati itu mudah terpujuk kali ini. Disebabkan baju yang bukan pilihannya, isterinya terus merajuk.

Nayeon menjeling. Langsung tidak dipandang wajah suaminya.

"Sayang.. Say something. Janganlah macam ni. Saya nak kerja pun tak senang tau." Ujar Rowoon risau.

"Pergi je lah." Terus direntap tangan Rowoon kasar. Nayeon terus berlari naik masuk dalam bilik.

Rowoon mengeluh lagi. Sarapan yang dibuat isterinya dipandang. Walaupun Nayeon merajuk dengannya, isterinya langsung tidak mengabaikan tanggungjawabnya.

Dijamah juga sarapan yang disiapkan isterinya. Sepanjang tempoh perkahwinan, ini ada kali pertama dia bersarapan seorang diri tanpa sang isteri.

Selesai sahaja makan, Rowoon mengemas meja makan. Pinggan yang sudah digunakan dibasuhnya.

Sebelum dia bergerak ke cafe yang telah dihadiahkan appa kepadanya, Rowoon mengeluarkan telefonnya. Tangannya laju menaip pesanan ringkas buat isterinya sebelum dia ke kerja. Tidak senang hatinya melihat isterinya merajuk lama- lama.

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz