Part 28💗

622 39 6
                                    

Hubungan Nayeon dan Rowoon semakin hari semakin mesra. Cuma Rowoon masih menanti dan Nayeon masih belum buat keputusannya lagi.

Rowoon memerhati sahaja kemesraan Nayeon bersama budak baru di cafe. Mentang- mentang dia ditugaskan untuk mengajar bukan main lagi gadis itu mengambil peluang. Si budak baru tu pun sama. Ambil kesempatan juga nak tengok muka pujaan hatinya. Entah dia fokus atau tidak apa yang dicakapkan Nayeon.

"Ehemm!" Tersentak Nayeon. Begitu juga dengan budak baru itu.

"Woon. Tak bagitahu pun nak
datang." Tanya Nayeon. Setahu dia Rowoon ada kerja perlu diselesaikan berkaitan kafe. Mungkin untuk ambil alih kafe.

"Saje. Ni budak baru boleh tak?" Soal Rowoon melirik memandang budak baru itu sebelah mata.

"Eh okay je. Awak okay kan Kai." Nayeon memandang Kai yang baru sahaja masuk 3 hari itu.

"Err okay." Jawab Kai ragu- ragu. Bukan dia tidak perasan lirikan sinis Rowoon.

"Kalau okay bagus. Lepasni kau boleh handle semua. Nayeon tak lama lagi pun nak berhenti ni."

Kata- kata yang keluar itu membuatkan dua jasad itu turut terkejut.

"Kenapa tak bincang?"

"Bukan kita dah bincang ke kalau awak jadi isteri saya awak kena berhenti."

Membulat mata Nayeon mendengarnya. Kai juga turut terkejut dengan kenyataan itu.

"Kai, awak sambung buat ya. Kalau tak faham minta Jihyo atau budak- budak lain tolong ya. Saya ada benda nak bincang dengan Rowoon."

Rowoon tersenyum makna mendengarnya. Dalam hati mengejek pada Kai yang tak dapat berlama- lama dengan Nayeon.

"Er okay Yeon."

Menyirap Rowoon dibuatnya saat mendengar lelaki itu memanggil nama panggilan Nayeon.

Terus tangan Nayeon dipegangnya membawa keluar dari cafe.

"Apa masalah awak lagi Woon. Kita tak bincang apa- apa pun lagi."

"Keputusan saya muktamad. Lama dah saya tunggu Yeon. Awak ingat saya ni apa. Saya pun ada hati dan perasaan. Kalau sampai sekarang awak tak buat keputusan, bila lagi Yeon. Sampai bila..."

"Stop Woon! Kalau macam ni lah perangai awak, saya tak dapat teruskan." Terus cincin yang disimpannya didalam kocek seluarnya dan dibawa kemana- mana dikeluarkan. Dia tidak betah lagi teruskan jika Rowoon juga seperti mendesaknya.

"Yeon.."

Pantas Nayeon menggeleng- gelengkan kepalanya. Ini keputusan dia.

"Yeon, jangan macam ni.. Saya minta maaf."

"Sorry Woon. Saya tak boleh." Terus Nayeon tinggalkan Rowoon. Hatinya sakit. Jika Rowoon sedikit bersabar tentu dia boleh fikirkan semula. Tetapi, dengan keadaan Rowoon seperti mendesaknya membuatkan dia tidak mampu.

Rowoon mengeluh kasar. Rambutnya dikuak kasar kebelakang.

Tanpa sedar, ada seseorang yang memerhati pertelingkahan mereka.

Siapa yang tengok tu? 🙈

Maaf tak dapat update sangat, busy sikit.

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt