Part 59💗

711 35 4
                                    

"Sayang tahu tak?" Rowoon menegur isterinya yang sedang makan lebihan kek perkahwinan mereka.

"Tahu apa?" Kepala Nayeon terus mendongak memandang suaminya. Keningnya dinaikkan sebelah.

"Young Hee dah bersalin. Baby girl." Ujar Rowoon berita gembira itu.

Bersinar- sinar mata Nayeon mendengarnya. Anak Mingyu dan Young Hee lahir sehari selepas hari perkahwinannya.

"Nanti kita jenguk diorang ya?" Ujar Nayeon teruja.

"Boleh je sayang. Tapi tak boleh sekarang sebab kita kan nak pergi honeymoon." Rowoon mengingatkan.

Nayeon juga terlupa tentang itu. Baru pagi tadi Rowoon bagitahu tetapi dia sudah terlupa. Kemaruk cinta agaknya. Bila teringatkan saat Rowoon memberitahu yang dia sudah menempah tiket penerbangan ke Bali terus membuatkan hatinya berbunga- bunga. Tak sabar dia mahu tiba disana.

"Sayang. Heh!"

Tersedar Nayeon dari mengelamun.

"Ingatkan apa tu? Nak baby?"

"Ish mana ada." Terus dipukul bahu Rowoon geram. Ada sahaja mahu mengenakannya.

"Nak tapi malu."

"Eee Woon!" Geram Nayeon melihatnya. Ingatkan nak berhenti tetapi teruskan mengejek.

"Nak sikit sayang tu." Rowoon menundingkan jarinya kearah lebihan kek perkahwinannya.

"Makan sendiri." Nayeon mencapai sudunya kembali lalu disuapkan kek kedalam mulut.

"Alah sayang, pleaseee." Matanya dikedipkan. Mulutnya sudah ternganga menanti isterinya menyuapkan kek.

Nayeon mencebik. Layankan sahaja perangai suaminya. Terus disuapkan potongan kecil kek kedalam mulut suaminya.

"Thank you sayang. I love you." Serentak itu bibirnya dicium sekilas. Terus berlari Rowoon naik ke tingkat atas.

"Ishh Woon! Suka ambil kesempatan."

Rowoon ketawa suka dari tingkat atas melihat wajah cemberut isterinya.

Kekosongan 2 orang sahaja! Siapa nak ikut sekali pergi Bali cepat-ii bagi nama dekat Woon. Nanti dia arrange kan semuanya okieee! 😘😝😂

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now