Part 23💗

655 38 11
                                    

"Nah!" Nayeon menghulur kasar bekas makanan kepada Rowoon.

Rowoon tersengih. Dicapainya juga bekas makanan itu. Bukan dia tidak tahu yang Puan Kang mahu memberikannya makanan. Awal- awal pagi lagi dia sudah ditelefon wanita itu.

"Thank you baby sayang."

Terjegil mata Nayeon mendengarnya. Baby sayang baby sayang. Ingat orang melting lah tu.

"Dah cepatlah." Nayeon terus melanggar tubuh Rowoon. Pintu dibahagian penumpang dibuka lalu dia masuk kedalam kereta lelaki itu.

Rowoon tersengih melihat wajah cemberut Nayeon. Bekal makanan yang diberikan 'mak mertua' nya diletakkan ditempat duduk belakang.

Rowoon masuk kedalam tempat memandu. Wajah Nayeon dipandangnya.

"Muncung lagi. Cium kang."

Membulat mata Nayeon memandang kearahnya. Nak marah lah tu.

Terus dia dijeling.

"Jeling jeling. Kalau cantik tak apa lah. Ni hodoh." Sindir Rowoon membuatkan setangkai hati Nayeon mula rapuh.

Melihat wajah Nayeon yang lebih masam mencuka terus dia rasa serba salah.

"Yeon saya tak.."

"Diam! Hantar saya pergi cafe cepat." Ujar Nayeon agak kuat. Wajahnya terus berpaling dari menghadap Rowoon. Menyakitkan hati betul!

Rowoon akur. Pedal minyak ditekan. Keretanya dipandu menuju ke cafe.


Hehehe😝 Double update untuk harini. Esok lewat sikit ya. Kita tengok dulu macam mana😚

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now