Part 61💗

773 34 4
                                    

Telefonnya yang berbunyi message masuk dipandang. Nayeon mencapai telefonnya. Air matanya dikesat kasar. Mudah sahaja dia terkecil hati disebabkan benda yang tak sepatutnya.

Skrin telefonnya dibuka. Muncul nama Rowoon di skrin.

From : Husband💗
Sayang, i'm sorry. Sepatutnya saya bagi je awak beli baju tu. Itu citarasa awak. Saya tak patut halang pilihan awak. Saya dah pergi kerja. Sarapan awak masak pun dah habis sebab saya betul- betul lapar sebab dari malam tadi tak makan. Thank you sayang. Jaga diri dekat rumah. I love you💜

Teresak kecil Nayeon membaca. Dia terlalu ikutkan perasaan sehingga makan minum suaminya terabai malam tadi.

Rowoon tidak pernah jemu memujuk dia. Cuma dia sendiri yang terlalu ikutkan emosi sangat. Nayeon juga pelik melihat dirinya sekarang. Cepat sahaja sensitif dengan hal yang remeh.

Wahai hati, cepatlah terpujuk.


[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now