Part 31💗

683 36 6
                                    

Mengeluh Nayeon saat muka pertamanya yang dilihatnya dihadapan muka pintu ialah lelaki itu. Lelaki yang sudah merobek separuh hatinya.

Tanpa rasa kisah pun, Nayeon terus membuka kunci mangga dipagar. Langsung tidak mengalihkan pandangannya kearah Rowoon. Sebaik sahaja dia mengunci pagar semula, Nayeon mengatur langkah pergi.

"Nak pergi mana tu?" Tegur dia.

Nayeon mengendahkan suara yang menyapa itu.

Rowoon mengeluh melihatnya. Terus dia lajukan langkah mengejar gadis itu dihadapannya.

"Yeon." Tangan Nayeon direntap kasar sehingga badan gadis itu menghadap kearahnya.

"Apa?!"

"Naik saya."

"Saya tak nak!" Lantang Nayeon berkata.

Rowoon mengusutkan rambutnya. Susah betul nak pujuk perempuan.

"Mana boleh Yeon. Omma appa awak dah amanahkan saya."

"Kalau macam tu awak call lah omma appa cakap tak boleh buat apa yang mereka amanahkan. Senang kan?"

Rowoon mengeluh mendengarnya. Dia tidak mahu menyakiti gadis itu lagi, tetapi kali ini dia terpaksa.

Terus tangan Nayeon dirantap kasar menariknya masuk kedalam kereta semula.

"Sakitlah Woon!" Nayeon mengadu sakit. Cengkaman dilengannya terlalu kuat. Nayeon mengertap bibirnya menahan rasa.

"Masuk! Seat belt ni pakai!" Saat Nayeon memandang Rowoon, merah muka lelaki itu menahan marah. Terus pintu bahagian tempat duduknya ditutup.

Nayeon mula teresak. Lengannya yang masih sakit dipegangnya halus.

Rowoon masuk ditempat pemandu. Enjin dihidupkan. Wajah Nayeon yang basah dengan air mata mula dipandangnya.

Mengeluh dia lagi melihat tangisan yang mula berlagu itu. Apabila dia cuba mencapai lengan yang sudah memerah itu, pantas direntapnya.

"Sorry Yeon." Hanya itu dia mampu ungkapkan saat air matanya gadis itu semakin lebat.


Maafkan Rowoon ya😜🙏

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now