Part 16💗

740 42 2
                                    

Nayeon menangis teresak- esak selepas apa yang sudah terjadi pada dirinya. Sehingga sekarang dia tidak sangka. Sehingga sekarang juga dia terasa yang Rowoon mempergunakan dia.

Nayeon berjalan sehingga dia terjumpa sebuah restoren. Dia masuk lalu melabuhkan punggung di tempat yang kosong.

"Order cik?" Tegur pelayan restoren itu.

Nayeon memandang lama. Seleranya terus mati bila mengingatkan tentang kejadian tadi.

"Lemon ice sahaja."

Pelayan itu mengangguk sebelum masuk ke dapur.

Sehelai sepinggang dia ke sini. Telefonnya sudah diambil orang suruhan Rowoon. Beg tangannya pula berada didalam kereta milik Rowoon.

"Yeon." Tegur seseoarang saat dia sedang mengelamun jauh.

"Young Hee." Terus tubuh Young Hee dipeluknya. Mahu sahaja dia menangis dibahu gadis itu tetapi dia sembunyikan kesedihannya.

"Kau sorang ke?" Young Hee bertanya saat pelukan dilepaskan.

Nayeon mengangguk. Dia tersenyum nipis.

"Duduklah." Nayeon mempelawa.

Young Hee dan suaminya melabuhkan punggung dihadapan Nayeon.

"Mata kau merah. Kau baru lepas menangis ke?" Tanya Young Hee melihat wajah Nayeon.

"Err aku baru lepas tengok wayang. Suami isteri tu bercerai. Terkesan juga lah aku." Bohong Nayeon.

Young Hee dan Mingyu tersenyum kecil mendengarnya.

"Ada- ada je lah kau ni."

Nayeon tersengih. Cuba diukir senyum buat pasangan itu.


Kalau sempat malam ni update lagi😚

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now